Friday, 30 March 2018

Adik Najib Buat Onar Lagi?

Ahli perbankan terkemuka Datuk Seri Nazir Abdul Razak menggesa supaya Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar yang dibentangkan di Parlimen, ditangguhkan.

Dalam satu catatan di Instagram semalam, adik lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata rang undang-undang itu perlu dibahaskan dengan teliti sebelum ia dilaksanakan.

Walaupun beliau benci berita palsu, namun katanya, RUU itu hendaklah ditangguhkan dan ia mestilah dirangka dan dibahas secara komprehensif.

Ia, tegasnya, adalah  mengenai hak-hak asas ekspresi individu, dan menanamkan rasa takut akan hukuman yang keras berasaskan kepada takrifan yang samar-samar, akan merencatkan masyarakat.

Teks itu disertai gambar dua laporan akhbar mengenai RUU itu.

Sehingga 11.30 malam tadi, catatan itu telah mengumpulkan 1,795 likes dan 86 komen.

Walaupun beberapa pengikut Instagramnya menyokong gesaan Nazir itu, ada orang yang menyuruhnya menyampaikan mesej itu terus kepada abangnya Najib, bukannya melalui media sosial.

Ini bukan kali pertama Nazir menulis tentang isu-isu negara di akaun Instagramnya. Beliau sebelum ini antara lain, telah menyatakan kebimbangan mengenai 1MDB, pelaburan Felda dan penggantungan The Edge.

Perbahasan mengenai RUU Antiberita Tidak Benar itu akan diteruskan di Parlimen pada hari Isnin. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...