Sunday, 11 February 2018

Umno Bikin Kecoh Lagi?

Umno Bikin Kecoh Lagi?  Lebih 50 penduduk menghalau Lim Kit Siang yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kampung Bakar Batu di Johor Bahru dan memaksa Program Sembang Santai Warung dibatalkan, lapor China Press.

Program itu sepatutnya diadakan di sebuah warung pada 9 malam Sabtu, dengan kehadiran wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Setiausaha PH dan PPBM Johor, Datuk Osman Sapian.

Umno Bikin Kecoh Lagi? Menurut akhbar itu, program berkenaan terpaksa dibatalkan apabila pemilik warung dikatakan tidak dapat meminjam premisnya kepada penganjur disebabkan “tekanan”.

Selepas program berkenaan dibatalkan, Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah bersama wakil pemimpin PH lain mengadakan sidang media di warung itu dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus seketika dan kekecohan kedengaran dari luar.

Akhbar itu melaporkan keadaan bertukar tegang apabila seorang ustaz bersama penduduk kampung tampil menghalang sidang media itu.

Beberapa penduduk kampung kemudiannya mula menghampiri warung itu dan melaungkan “Saya penduduk kampung di sini, jangan kritik Umno” dan ada individu hadir menjadi orang tengah, meminta semua pihak memberi masa 10 minit.

Umno Bikin Kecoh Lagi?


China Press melaporkan Lim segera memberitahu wartawan, beliau enggan mengulas mengenai insiden itu.

Bagaimanapun, ketua Parlimen DAP itu berharap Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad akan memberi penjelasan mengenai kejadian berkenaan.

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng dipetik akhbar itu menyifatkan beliau kesal dengan insiden itu dan mendakwa Umno menyalahgunakan kuasa untuk menghalang penduduk menemui pemimpin PH.

Umno Bikin Kecoh Lagi?


Osman berkata, Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, tetapi beliau dan pemimpin PH yang bukannya orang asing mendapat layanan sedemikian daripada penduduk setempat.

Akhbar itu melaporkan polis tidak kelihatan dan keadaan mulai reda selepas Lim bersama wakil pemimpin PH lain menaiki kereta meninggalkan kampung itu kira-kira 9.45 malam.

Umno Bikin Kecoh Lagi? Turut hadir ialah Adun Pengkalan Rinting daripada DAP, Cheo Yee How dan Ketua PKR Cawangan Johor Bahru, Akmal Nasir. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...