Tuesday, 27 February 2018

Rupanya Ini Upah Mewah Cybertropper

Rupanya Ini Upah Mewah Cybertropper. Pendedahan Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah yang dahulunya orang Umno kini beralih ke pembangkang, tentang kegiatan blogger atau cybertrooper amat memeranjatkan.

Beliau mengesahkan ada kalangan blogger dan cybertrooper ini menerima bayaran. Bukan kecik duit tau!

Menurut Syarul Ema Rena, mereka dibayar hanya sekali mengikut kadar kepakaran masing-masing seperti blogger, penulis portal atau cybertrooper yang jadi tukang mengapi.

Rupanya Ini Upah Mewah Cybertropper. “Cybertrooper Umno ada yang dapat puluh ribu, ratus ribu, juta. Ada dapat RM3 juta untuk satu projek sehingga habis PRU. Dalam pembangkang, cybertrooper tak dibayar tetapi dilakukan dengan inisiatif ahli parti. Tetapi DAP, Amanah, Bersatu saya tak tahu,” katanya.

Menurutnya, suatu ketika dahulu cybertrooper dalam Umno menerima bayaran post dan share minimum RM1,500 sebulan untuk seorang tetapi kini hanya RM500.

Ratu Naga
Berkenaan demam hashtag (#) seperti #RespectMyPM dan macam-macam lagi yang popular di laman sosial pemimpin negara, katanya ia dilakukan oleh ‘robot’ atau auto reply.

Ini kerana katanya, jika dilihat dari profil Facebook atau apa sahaja medium sosial media, pemilik akaun berkenaan palsu.

Rupanya Ini Upah Mewah Cybertropper


(Hmmm...patutlah. Harap-harap jangan guna profil orang yang dah arwah!)  

Ketika dalam Umno, beliau mengaku aktif menangkis segala isu yang dihentam pembangkang terhadap parti namun dek kerana tidak boleh berkompromi dengan beberapa dasar kerajaan, beliau keluar parti tetapi kegiatannya sepanjang menjadi cybertrooper atau penulis sehingga kini tidak pernah dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya kini di pihak pembangkang. Saya tulis berdasarkan fakta tetapi cybertrooper Umno kini cakap merapu, maki hamun dan mereka bukan level-level saya. Selalunya tiga, empat jam selepas saya troll apa sahaja maklumat, pasti ada reaksi. Posting saya ada yang mencecah ribuan share dan like hingga 98,000,” katanya.

Rupanya Ini Upah Mewah Cybertropper.  Jelasnya lagi, cybertrooper ini ada yang makan dua-dua pihak di mana perjuangan mereka tidak jelas kerana upah yang diterima malah ada yang berasa diri mereka bagus hanya kerana dapat duduk semeja dengan ketua bahagian. - sinar harian





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...