Monday, 5 February 2018

Punca Sebenar Nur Aina Nabihah Didera Tersebar?

Punca Sebenar Nur Aina Nabihah Didera Tersebar? Polis menegaskan air jampi yang dikatakan digunakan bapa kandung Nur Aina Nabihah Mohammad, 9, kanak-kanak yang maut dipercayai akibat didera, tiada kaitan langsung dengan kes pembunuhan tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga dan tiada kaitan dengan air jampi yang ditemui di rumah suspek untuk disabitkan dengan jenayah dilakukan.

Punca Sebenar Nur Aina Nabihah Didera Tersebar? "Sesiapa saja boleh mengambil air jampi itu dan kes ini lebih memfokuskan kepada penderaan sehingga menyebabkan kematian.

"Bagaimanapun, sekiranya selepas ini siasatan lanjut dilakukan dan mungkin ada kaitan dengan pembunuhan, kita akan ambil keterangan dari individu berkaitan," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah, pelancaran rasmi kor kadet polis, kelab pencegahan jenayah dan kempen anti buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Burhanuddin, di sini, pagi tadi.

Noor Azam berkata, mangsa dikatakan tidak mahu minum air jampi berkenaan menyebabkan tertuduh berang sehingga berlaku penderaan.

Punca Sebenar Nur Aina Nabihah Didera Tersebar?


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam Khamis lalu, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban apabila ditemui tidak sedarkan diri di Taman Vista Jaya Lukut.

Bedah siasat yang jalankan mendapati mengalami kecederan parah seperi hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat lebam dalaman pada usus besarnya.

Polis turut merampas barang kes seperti bangku kecil plastik, tali pinggang dan bekas air yang didakwa mengandungi air jampi.

Punca Sebenar Nur Aina Nabihah Didera Tersebar? Susulan itu, bapa mangsa serta ibu tirinya direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. -sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...