Monday, 26 February 2018

Pencetus Idea BR1M Ialah..

Pencetus Idea BR1M Ialah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis dakwaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana kepentingan politik sebaliknya adalah idea diilhamkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkongsi latar belakang dan sejarah kewujudan BR1M itu ketika ucapan dalam majlis penyerahan BR1M 2018 peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Pencetus Idea BR1M Ialah. Menurutnya pemberian BR1M diilhamkan oleh BNM pada 2011 yang mencadangkan kaedah subsidi bersasar yang lebih baik berbanding subsidi pukal.

“Idea hendak memberi BR1M bukan daripada saya atau mana-mana orang politik tetapi daripada BNM yang tiada dalam soal politik kepartian,” katanya lagi.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Pencetus Idea BR1M Ialah


Seramai 2,000 individu yang layak menerima BR1M dalam majlis tersebut sekali gus menjadi kumpulan pertama penerima bantuan tersebut manakala seterusnya dimasukkan ke dalam akaun penerima bermula esok.

Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, dari segi teori ekonomi pula, pemberian BR1M membantu merangsang ekonomi negara apabila wang itu digunakan penerima untuk berbelanja seperti membeli barang keperluan asas.

Keadaan itu, kata beliau, akan merangsang ekonomi domestik seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Pencetus Idea BR1M Ialah. “BR1M tidak salah dari segi teori ekonomi. Ia bukan bersifat populis tetapi asasnya untuk kembangkan ekonomi,” katanya. - sinar harian




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...