Thursday, 1 February 2018

Pelajar Dituduh Curi Telefon Guru Meninggal Dunia

Pelajar Dituduh Curi Telefon Guru Meninggal Dunia. Pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun yang cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru meninggal dunia.

M. Vasanthapiriya meninggal pada kira-kira jam 3.30 pagi tadi selepas dua minggu terbaring koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya.

Presiden Tamilar Kural, David Marshel berkata keluarga gadis itu sedang menguruskan tuntutan mayatnya di hospital.

Pelajar Dituduh Curi Telefon Guru Meninggal Dunia. Pelajar SMK Methodist Nibong Tebal itu dituduh mencuri iPhone 6 milik seorang guru di sekolahnya pada 24 Januari. Dia dilaporkan disoal oleh tiga orang guru, termasuk yang mendakwa telefon pintarnya dicuri.

Selepas dibawa pulang oleh guru berkenaan bersama suami untuk berbincang dengan ibu bapa pelajar itu, Vasanthapiriya mengunci diri di kamarnya.

Ibu bapanya yang pulang pada waktu malam mendapat Vasanthapiriya tidak menjawab selepas mereka memanggilnya berulang kali. Bapanya kemudian bertindak memecah masuk ke bilik dan mendapati remaja itu tergantung dengan selendang yang diikat pada paip.

Pelajar Dituduh Curi Telefon Guru Meninggal Dunia


Dia masih hidup ketika ditemui dan dilaporkan meninggalkan nota membunuh diri yang mengatakan dia tidak mencuri telefon gurunya. Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.

Pelajar Dituduh Curi Telefon Guru Meninggal Dunia. Sejak itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang melancarkan siasatan ke atas kes itu. – the malaysian insight




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...