Friday, 2 February 2018

PAS Sukar Bentuk Kerajaan..Ini Sebabnya

PAS Sukar Bentuk Kerajaan..Ini Sebabnya. Pas diramal mengalami kesukaran untuk membentuk kerajaan sekiranya memenangi PRU14, susulan tiada rakan gabungan yang mantap.

Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, kerjasama yang dibentuk Pas bersama Gagasan Sejahtera yang bukan parti besar dikhuatiri sukar menyaingi kejayaan yang dicapai sebelum ini.

“Gagasan Sejahtera adalah parti yang tidak sebesar mana, tetapi kita tidak pertikaian dengan siapa dia bertahalul siyasi.

PAS Sukar Bentuk Kerajaan..Ini Sebabnya.  "Cuma sejarah membuktikan penyertaan Pas dalam gabungan terdahulu telah membuahkan banyak kejayaan,” katanya.

Shaharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas apakah nasib Pas dalam PRU14, selepas mengambil keputusan membentuk blok ketiga bersama Gagasan Sejahtera.

Beliau berkata, jika diteliti sejarah penyertaan Pas bersama gabungan terdahulu, parti Islam itu berjaya mencapai kedudukan yang sangat tinggi.

"Kita lihat dari segi sejarahnya apabila Pas bersama dengan parti-parti besar yang lain dia mencapai kedudukan sangat tinggi. Sebagai contoh dalam PRU pada 1990 ketika bersama Angkatan Perpaduan Ummah dan gagasan rakyat mereka berjaya tawan semula Kelantan," katanya.


PAS Sukar Bentuk Kerajaan..Ini Sebabnya


Katanya, begitu juga pada 1998, apabila mereka bersama Pakatan Rakyat dengan barisan alternatif, mereka berjaya mendapat Terengganu.

"Kemudian, apabila bekerjasama dalam Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013 mereka berjaya di Perak, di Selangor, Kedah.

"Maknanya keupayaan Pas ini bukan dari sudut bersendirian, tetapi mereka boleh bertahalul siyasi dengan parti-parti yang lain," katanya.

Oleh sebab itu, tambah Naib Presiden PKR itu, Pas perlu bijak memilih rakan kerjasamanya.

"Apabila Pas berjaya membuat bertahalul siyasi dengan parti-parti besar, prestasi lebih baik dicapai berbanding bersendirian.


PAS Sukar Bentuk Kerajaan..Ini Sebabnya


"Sejarah juga telah membuktikan, contohnya kerjasamanya dengan PKR walaupun hanya berusia 20 tahun, kami mempunyai akar umbi, dan kini sebagai anggota Pakatan Harapan, kami bergerak bersama DAP, Amanah dan Bersatu yang begitu berpengaruh untuk mendominasi negara," katanya.

PAS Sukar Bentuk Kerajaan..Ini Sebabnya.  Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei tahun lalu, sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...