Monday, 12 February 2018

Pakatan Harapan Selangor Makin Bergolak?

Pakatan Harapan Selangor Makin Bergolak? Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Selangor selama 2 jam hari ini gagal mencapai sebarang keputusan berhubung pengagihan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, sebelum ini, 35 daripada 56 kerusi DUN sudah dimuktamadkan.

Pakatan Harapan Selangor Makin Bergolak?  Katanya, rundingan pembahagian kerusi itu akan diteruskan selepas Tahun Baharu Cina.

“Kita belum selesai lagi. Belum bincang lagi, mungkin 15 hingga 21 (kerusi) lagi,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Pengagihan Kerusi PH Selangor di sini, hari ini.

“Untuk sementara waktu itu, parti-parti akan balik kepada parti masing-masing untuk bincang kerusi lagi dalam negeri Selangor dan lepas tu sahaja kita boleh buat keputusan.”

Pada 7 Februari lalu, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, PH Selangor berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN, melibatkan kerusi asal yang ditandingi PKR, DAP dan wakil rakyat Amanah pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pakatan Harapan Selangor Makin Bergolak? 


Pada PRU13, PKR memenangi 14 kerusi, DAP (15) dan Amanah (2). Bilangan kerusi PKR dan DAP berkurangan satu apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dan Loh Chee Heng keluar parti.

Pada 8 Februari lalu, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata, parti itu bertegas mahu bertanding di 12 kerusi DUN yang dimenangi Umno pada PRU13 dan sebarang rundingan mengenai perkara itu tidak akan diterima.

Sementara itu, Gobind menafikan DAP tidak menyertai mesyuarat PH Selangor.


Pakatan Harapan Selangor Makin Bergolak? 


Beliau berkata, DAP ada hadir dalam mesyuarat pertama PH Selangor, tetapi bukannya perbincangan dua dan tiga hala selepas itu yang hanya membabitkan 2 atau 3 parti lain.

“Selepas itu ada perbincangan dua dan tiga hala, dan itu sebabnya DAP tidak hadir,” katanya sambil menambah adalah tidak tepat menyatakan mereka tidak terlibat dalam mesyuarat PH Selangor.

Pakatan Harapan Selangor Makin Bergolak? “Di mana ia normal dalam pengagihan kerusi di peringkat pusat atau semua peringkat. Selepas itu keempat-empat akan duduk bersama dan menyelesaikannya,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...