Sunday, 4 February 2018

Pakatan Harapan Bakal Kalah Teruk PRU14.. ini Buktinya?

Pakatan Harapan Bakal Kalah Teruk PRU14.. ini Buktinya?  Pertembungan 3 penjuru di Parlimen Hulu Langat mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu dari tangan pembangkang selepas tewas dalam 2 pilihan raya lepas, kata Datuk Markiman Kobiran.

Timbalan ketua Umno Hulu Langat itu juga berkata perbalahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan pemergian PAS daripada gabungan pembangkang bonus buat BN.

Pakatan Harapan Bakal Kalah Teruk PRU14.. ini Buktinya? “Harapan kita supaya berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru. Ia lebih mencerahkan peluang untuk menang. Ketika ini kita tumpu usaha memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Langat, tawan semula kerusi Dusun Tua dan pertahankan kerusi Semenyih,” katanya kepada FMT.

Sejak 2004 hingga 2013, tidak pernah berlaku pertembungan pelbagai penjuru di Parlimen Hulu Langat. Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat dari PAS memenangi kerusi berkenaan sejak 2008, dengan majoriti bergaya 17,267 undi menewaskan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor pada PRU13.

Sebelum itu, Che Rosli pada PRU12 menewaskan Markiman dengan majoriti 1,745 undi.

Harapan Markiman mungkin berasas, melihat kepada kemenangan bergaya BN di DUN Semenyih menewaskan 2 pencabarnya, Arutchelvan Subramaniam dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Hamidi A Hasan dari PKR dengan majoriti selesa 4,757 undi. Jika dijumlahkan, pembangkang mampu mengatasi 17,922 undi yang diraih Johan Abd Aziz dengan 18,733 undi.

DUN Dusun Tua dimenangi PAS dengan majoriti selesa 4,071 undi. Wakil rakyatnya, Razaly Hassan kini bersama Amanah. Sementara di DUN Kajang, ketika PAS masih bersama gabungan pembangkang, menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menewaskan pencabarnya dari BN dengan majoriti selesa 5,379 undi pada pilihan raya kecil 2014.

Pada pilihan raya umum ke-14, Parlimen Hulu Langat dijangka menyaksikan pertembungan antara BN, PAS, Amanah dan PSM. Markiman tanpa berselindung menyatakan hasrat sedia bertanding di situ sekali lagi.

“Bila-bila masa sahaja saya bersedia. Saya berusaha sedaya upaya untuk terus berkhidmat, tunjukkan komitmen kuat sebagai timbalan ketua Umno bahagian,” katanya.

Berdasarkan statistik pengundi pada PRU13 lalu, Hulu Langat mempunyai seramai 127,347 pengundi, 53% daripadanya berbangsa Melayu, 34% bangsa Cina, dan 11% pengundi India.

Pakatan Harapan Bakal Kalah Teruk PRU14.. ini Buktinya?


Pada PRU12, pengundi Cina yang seramai 43,297 orang menolak calon BN dan penolakan itu semakin besar jumlahnya pada pilihan raya umum lalu.

“Kita tidak boleh nafikan kemenangan BN di kawasan ini ialah dengan mendapat sokongan dari kaum Cina dan India,” kata Markiman berkongsi pemerhatiannya dengan FMT.

“Kita boleh katakan pengundi Cina sebagai penentu kemenangan. Pada PRU12 dan PRU13, sokongan kaum berkenaan di kawasan ini semakin menurun, tetapi kaum Cina dan India sudah berubah. Kaum Cina sudah rasakan mereka tertipu dan kita yakin pengundi Melayu masih lagi kepada BN.”

Markiman menjangkakan prestasi wakil rakyat di peringkat DUN akan turut mempengaruhi sokongan pengundi kepada PAS, Amanah dan PKR.

“Penduduk di kawasan berkenaan masih alami gangguan untuk mendapatkan air terawat serta masalah banjir,” tambahnya.

PAS berakar di Hulu Langat

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata PAS berkemungkinan besar mengekalkan Che Rosli di situ.

“Che Rosli sudah berkhidmat selama 2 penggal. Dia bukan sahaja mempunyai kelulusan dalam bidang nuklear, dia juga boleh baca tahlil, sampaikan khutbah,” kata Roslan kepada FMT.

“Gaya Che Rosli dalam menyampaikan perkhidmatannya lebih menggunakan sentuhan peribadi. Akhirnya rakyat akan melihat kepada kualiti perkhidmatan, bukannya sentimen,” katanya.

Pakatan Harapan Bakal Kalah Teruk PRU14.. ini Buktinya?


Che Rosli merupakan satu-satunya ahli Parlimen dari Selangor yang masih bersama PAS selepas perpecahan dalaman parti Islamis itu yang membawa kepada penubuhan Amanah.

Roslan tidak yakin PH mampu memikat hati pengundi Hulu Langat kerana pergeseran antara calon perdana menteri PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Sultan Selangor, serta kekuatan jentera PH berbanding PAS di situ.

“Orang Selangor boleh dikatakan taat setia dengan Sultan, dia datang ke Selangor buat masalah dengan Sultan. Saya ingat tidak ada tempat buat PH.

“Mungkin boleh ada nama-nama yang hebat digunakan seperti Dr Mahathir, tetapi apabila bercakap khusus di kawasan majoriti orang Melayu, mesti ada jentera.”

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan juga mahu mempertaruhkan dirinya walaupun beliau akui parti sosialis itu sukar menembusi keseluruhan Parlimen itu.

“PSM sudah buat kerja di kawasan berkenaan sejak sekian lama. Terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan penduduk di rumah flat kos rendah dan penduduk seluruh ladang di Hulu Langat.

Pakatan Harapan Bakal Kalah Teruk PRU14.. ini Buktinya? “Pertembungan satu lawan satu semakin sukar dilaksanakan apabila parti-parti politik terbesar di dalam negara gagal menyelesaikan rundingan,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...