Sunday, 25 February 2018

Noh Omar Persoal Kerajaan Selangor Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN

Noh Omar Persoal Kerajaan Selangor Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN. Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah di mukim Ijok yang sebelum ini dirampas daripada 2 pemaju perumahan yang dilabel “kroni BN”.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata tindakan dan dakwaan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu dilihat tidak munasabah, selain cuba memutar belit isu tersebut dengan menyalahkan BN.

Noh Omar Persoal Kerajaan Selangor Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN.  “Saya tidak faham dengan tindakan kerajaan negeri ini…mengapa tanah yang dirampas kerajaan Selangor pada 2009, dipulangkan semula kepada 2 syarikat berkenaan, sedangkan mereka mendakwa syarikat itu kroni BN.

“Kalau syarikat itu kroni BN seperti didakwa, mengapa menyerahkan tanah itu semula kepada 2 syarikat berkenaan sebelum tanah tersebut dijual pula kepada pihak ketiga? Kenapa dibantu kroni BN ini?” katanya selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Burong hari ini.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu mengulas kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam yang mendakwa 2 syarikat pemaju terbabit dalam isu tanah di kawasan itu, iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd sebagai kroni BN.

Noh Omar Persoal Kerajaan Selangor Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN


Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, isu pemulangan tanah itu turut menimbulkan pelbagai persoalan lain, termasuk nilai pampasan tanah yang dibayar kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Mengikut harga pasaran terkini, dianggarkan tanah tersebut bernilai RM500,000 untuk 1 ekar, tetapi apa yang saya maklum, mereka hanya menerima pampasan tunai berjumlah RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000.

“Sekiranya tanah itu boleh dijual kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran terkini berjumlah RM1.18 bilion, mengapa pampasan yang diterima penduduk masih mengikut harga lama pada 2000,” katanya.

Azmin sebelum ini dilapor mengumumkan pembayaran pampasan kepada semua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta.

Noh Omar Persoal Kerajaan Selangor Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN


Susulan itu, pelbagai pihak tampil menuntut penjelasan, termasuk Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Dr Mohamed Satim Diman yang mempertikaikan jumlah pampasan diberikan kerajaan negeri.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut mempersoalkan kewajaran Azmin menyerahkan tanah kepada 2 syarikat tersebut pada 2016, tanpa menunggu kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Noh Omar Persoal Kerajaan Selangor Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN. Ini memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan 2014 memihak kepada kerajaan negeri dalam kes mengambil alih semula tanah daripada 2 syarikat berkenaan. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...