Monday, 12 February 2018

Najib Serang Mahathir Lagi

Najib Serang Mahathir Lagi. Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas “pemimpin terdahulu” dengan berkata, beliau menggunakan pendekatan berbeza daripada dahulu dengan melaksanakan dasar lebih terbuka untuk anak muda dan masa depan negara.

“Sebab itu saya pilih pendekatan berbeza daripada ‘pemimpin dulu yang nak kembali semula’.

Najib Serang Mahathir Lagi. “Saya memilih Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang datang dari orang muda. Sejak dialog TN50 tahun lalu sehingga kini, kita sudah dapat 80,000 aspirasi orang muda.

“Kita akan tapis dan cantumkan dalam bentuk ‘blueprint’ orang muda,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Gerakan 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 4B Malaysia yang dihadiri kira-kira 30,000 anak muda di Dataran Banghuris Homestay di sini.

TN50 yang dilancarkan pada 19 Januari 2017 ialah inisiatif pembangunan negara merangkumi 2020 hingga 2050. Ia akan dipacu matlamat dan sasaran jelas selama 30 tahun yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari 2017 hingga 2019.

Awal bulan lalu, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Najib Serang Mahathir Lagi


Sementara itu, Najib turut mengkritik tindakan Dr Mahathir melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang menyaksikan ramai anak muda ditahan dalam Operasi Lalang.

Katanya, disebabkan itu beliau memansuhkan ISA pada 15 September 2011 untuk memberi lebih banyak ruang kepada golongan muda bersuara.

“Inilah bila saya jadi perdana menteri saya hapuskan ISA, jangan dikongkong. Kita ikut kehendak negara dan saya bagi suara bebas untuk orang muda. Dulu kritik, masuk ISA, Ops Lalang.

“Saya tak buat Ops Lalang sebab saya buat lebih banyak dasar keterbukaan untuk anak muda,” katanya.

ISA sering dikaitkan dengan Operasi Lalang yang dijalankan di bawah pentadbiran Dr Mahathir pada Oktober 1987, di mana 106 aktivis masyarakat, pemimpin NGO, ahli politik pembangkang, intelektual dan aktivis pelajar ditahan tanpa perbicaraan.

November lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau ialah perdana menteri paling cermat menggunakan ISA berbanding 3 perdana menteri sebelumnya.

Pengerusi PH itu berkata, selama 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau hanya menangkap 1,200 orang berbanding zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Najib Serang Mahathir Lagi


“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya sambil menambah ISA digunakan ke atas mereka yang menggugat keharmonian negara ketika pentadbirannya, berbanding penangkapan sekarang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau Sosma.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri menyangkal dakwaan BN melakukan penipuan untuk memenangi PRU lalu.

“Kita tidak boleh tipu sebab proses pilihan raya sangat ketat. Jika kita tipu, kerajaan Selangor masa ini juga tidak sah dan BN tidak akan kalah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Najib Serang Mahathir Lagi. “Kita tidak tipu, kita tubuh kerajaan berdasarkan undi daripada rakyat.” - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...