Tuesday, 6 February 2018

Najib Berjangkit Sindrom Takut Kalah?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad di depan pelabur dan ahli perniagaan antarabangsa, dengan merujuk dasar luar berbentuk konfrontasi oleh seorang “bekas pemimpin”.

“Memang benar Malaysia mempunyai seorang bekas pemimpin yang mempunyai dasar luar bersifat konfrontasi, yang bertindak disebabkan kemarahan dan nampaknya tidak dapat melepaskan rasa tidak puas hati lamanya,” katanya dalam ucaptama pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2018, hari ini.

Beliau berkata, pentadbirannya menjalin ikatan baharu dan “mengukuhkan hubungan dengan sahabat lama yang lain”, sereta tidak lagi “bercakap mengenai pertengkaran dahulu”.

Najib memetik pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini, di mana mereka menandatangani beberapa perjanjian untuk membangunkan projek bersama susulan pemindahan tanah kereta api milik Malaysia di negara itu.

Najib sering mengkritik Dr Mahathir tanpa menamakannya, selain membidas pembangkang.

Dalam perutusan tahun 2018, Najib membangkitkan “kesilapan lalu” dan seorang lelaki dengan “keinginan dinasti mementingkan diri” untuk menggulingkan kerajaan dan memenuhi impian anaknya, dalam apa yang dipercayai merujuk kepada tuduhan biasa dilemparkan kepada pengerusi Pakatan Harapan itu.

Najib berkata, kerajaannya akan memastikan “kapitalisme kroni” dahulu tidak berulang.

“Kami sedang menginstitusikan fokus baharu dalam tadbir urus korporat digabungkan dengan pengawasan ekonomi kukuh,” katanya. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...