Tuesday, 13 February 2018

Muar Bakal Tumbang ke Pembangkang.. Ini Buktinya

Muar Bakal Tumbang ke Pembangkang.. Ini Buktinya. The Malaysian Insight sedang menjalankan siri mengenai kerusi Parlimen marginal menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Pada bahagian pertama siri kami di Muar, aktivis Pakatan Harapan percaya mereka memerlukan sedikit undi Melayu untuk memenangi Muar.

Lima peratus. Itulah jumlah atau mungkin hanya sedikit lagi pertambahan undi Melayu yang Pakatan Harapan (PH) percaya ia perlukan untuk menawan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Muar Bakal Tumbang ke Pembangkang.. Ini Buktinya. Berdasarkan data pengundian daripada PRU13, 5% diterjemahkan kepada kira-kira 1,485 undi.

Analisis itu berdasarkan pada tren pengundian tiga pilihan raya umum lalu yang menunjukkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin menurun sejak ia memegang kerusi pada 1974.

Aktivis PH seperti Norhayati Bachok menganggapnya tidak mustahil dengan penerimaan hangat yang diterimanya di kampung-kampung penyokong tegar BN.

"Mereka membenarkan kami masuk dan itu adalah satu petanda yang baik. Kami juga menerima maklum balas yang baik daripada peniaga pasar tani dan pelawat ketika kami mengadakan lawatan di sana," kata ketua Wanita Amanah Johor itu.

Ahli jawatankuasa Amanah Muar, Ishak Abu Bakar optimis dengan kemungkinan peluang trend mengundi yang akan diterima gabungan itu.

"Pada PRU 13, kami menerima 80% undi daripada pengundi Cina dan hanya sekitar 38% hingga 45% sahaja daripada pengundi Melayu," kata guru bersara berusia 62 tahun itu.

"Kami memerlukan 5% atau lebih sedikit untuk mengalahkan BN," kata Ishak.


Muar Bakal Tumbang ke Pembangkang.. Ini Buktinya


Tetapi Ishak tahu orang Melayu Johor adalah penyokong kuat BN, terutamanya Umno.

Umno dilahirkan di Johor, di mana lebih 40 pertubuhan Melayu mengadakan perhimpunan agung tahunan pertama parti itu di Johor Baru.

Ketua Wanita Amanah Johor, Norhayati Bachok optimis dengan peluang
Pakatan Harapan untuk menawan Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Tahap sokongan Umno di kalangan orang Melayu di luar bandar Melayu sangat tinggi walaupun pada PRU13, di mana Pakatan Rakyat (PR) memperoleh keputusan pilihan rayanya yang terbaik, hanya segelintir calon PR di kawasan timur negeri hilang wang deposit pilihan raya.

Ishak berkata menjelang PRU14, pesaing PH menakutkan orang Melayu Johor dengan mengatakan DAP, rakan kongsi Amanah dalam PH, akan mentadbir negara jika pakatan pembangkang menang.

"Kita perlu berjumpa dan menjelaskan struktur kita kepada mereka. Kita perlu memberitahu mereka mengenai Perlembagaan persekutuan," katanya.

Kerusi Parlimen merangkumi separuh daripada Muar, bandar kedua terbesar di Johor. Pada PRU13, ia mempunyai 48,208 pengundi berdaftar.

Ketika PRU13, Timbalan Menteri Razali Ibrahim berjaya mempertahankan Muar dengan 1,646 majoriti undi, turun berbanding majoriti dimenanginya sebelum itu iaitu 4,661 pada PRU12 (2008) dan 13,415 pada PRU11 pada 2004.

Pengundi Muar adalah 62% Melayu, 35% Cina dan 1% India. Dua kerusi DUN adalah Maharani dan Sungai Balang.

Pada PRU13, Maharani yang mempunyai 55% pengundi Melayu dan 42% pengundi Cina dimenangi oleh PAS 'Mohammad Taslim dengan 3,136 undi. Pada masa itu, PAS berada dalam PR bersama-sama PKR dan DAP.

Sungai Balang, yang diwakili 72% Melayu, berjaya dipertahankan oleh BN dengan 1,635 undi.

Walaupun PAS, yang kini menjadi pesaing PH juga dijangka meletakkan calon, Ishak berkata ia tidak akan menjejaskan peluang PH tidak seperti di bahagian lain negara.

Muar Bakal Tumbang ke Pembangkang.. Ini Buktinya


"Kami percaya undi untuk BN akan berkurangan sementara PAS hanya akan mendapat undi daripada penyokong tegar dan kami percaya ia tidak akan menjadi lebih daripada 5,000 undi," kata Ishak.

Ketua Pemuda Umno Muar, Mohd Radzi Amin yakin Barisan Umno akan berjaya mempertahankan
Muar berdasarkan sentimen pengundi Melayu yang tidak akan menerima parti Melayu lain selain Umno

Norhayati berkata Muar dijangka akan dipertandingkan oleh komponen PH Bersatu, manakala Amanah meletakkan calon bagi Maharani dan PKR di Sungai Balang.

Sementara itu, Umno yakin akan mempertahankan kerusi itu. Aktivis Umno Muar, Mohd Radzi Amin berkata parti itu mungkin akan mendapat 60% daripada semua undi.

"Penurunan undi pada pilihan raya umum lepas adalah kerana beberapa calon tidak disenangi oleh penduduk tempatan."

Beliau berkata akan terdapat peningkatan sokongan sekiranya tiada pertelingkahan di kalangan parti itu dan ia diisi calon yang boleh menang.

Radzi berkata BN masih dijangka akan menerima sambutan yang baik di kalangan orang Melayu Muar.

"Seperti di Sungai Balang, 70% polulasi adalah Melayu, orang Melayu di Muar tidak bersedia untuk membenarkan parti Melayu lain selain Umno untuk memenangi kerusi," katanya.

Muar Bakal Tumbang ke Pembangkang.. Ini Buktinya. Walaupun beliau tidak merujuk sebarang nama, Radzi mungkin merujuk kepada parti komponen berasaskan Melayu, Bersatu. – the malaysian insight





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...