Monday, 19 February 2018

Manifesto BN Selangor Yang Paling Pelik

Manifesto BN Selangor Yang Paling Pelik. Janji BN untuk membatalkan jualan beg plastik 20sen jika menawan kembali Selangor disifatkan sebagai “tindakan bodoh”.

Ini memandangkan masyarakat antarabangsa kini sedang berusaha membanteras pencemaran alam, kata anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Mengulas 'manifesto' diumumkan oleh Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Satim Diman, Lim berkata, tindakan itu boleh mewujudkan “bandar plastik” di negeri Darul Ehsan itu.

Manifesto BN Selangor Yang Paling Pelik. “Pandangan ini tidak munasabah, kenapa BN harus tunggu pilihan raya?

“Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan (Tengku Mansor), yang juga menteri Wilayah Persekutuan, patut laksanakan manifesto BN dengan menarik balik larangan beg plastik dan bungkusan polistiren di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Mungkin kita patut promosikan tiga bandar ini di mata dunia sebagai 'bandar-bandar plastik' untuk menarik pembeli yang suka menggunakan beg plastik percuma,” sindirnya dalam kenyataan hari ini.

Penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin di Wilayah Persekutuan dikuatkuasakan mulai 1 September 2017.

Manifesto BN Selangor Yang Paling Pelik


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dilaporkan berkata tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi (boleh urai).

Lim juga mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mewajibkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang baru dilancarkan baru-baru ini supaya mengedarkan beg plastik percuma di seluruh negara dengan serta-merta.

Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Januari lalu, selepas membuat peraturan sama setiap Sabtu sejak 2010.

Bagi pengguna yang tetap ingin menggunakannya, mereka bagaimanapun boleh mendapatkan ia dengan membayar tambahan 20sen setiap satu.

Manifesto BN Selangor Yang Paling Pelik


Dasar itu bagaimanapun dikritik selepas mendapatkan bayaran itu tidak masuk ke kantung kerajaan negeri dan didakwa hanya menguntungkan peniaga.





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...