Friday, 23 February 2018

Mahathir Sindir Najib Pasal Quinoa

Mahathir Sindir Najib Pasal Quinoa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menerima reaksi negatif selepas mendedahkan amalan pemakanan sihatnya yang menggantikan nasi dengan quinoa, sejenis bijian dari Amerika Selatan yang mahal.

Berbeza dengan kritikan keras anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng semalam, Mahathir bagaimanapun tampil dengan sindiran tajam.

Mahathir Sindir Najib Pasal Quinoa. Di media sosialnya, beliau hanya menulis sebaris ayat pendek:

"Saya makan Nasi beras tempatan sahaja."

Saya makan Nasi beras temapatan sahaja ✌🏻 pic.twitter.com/QtyrGwVF0y

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) 23 February 2018

Lim semalam berkata Najib tidak tahu penderitaan rakyat, jika dilihat berdasarkan amalan pemakanannya.

Sementara itu, Mahathir, calon perdana menteri Pakatan Harapan, turut memuat naik poster memuatkan petikan kata Najib semalam dengan perbandingan harga quinoa dan beras biasa yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.

Mahathir Sindir Najib Pasal Quinoa


"Yang dia makam quinoa 250gram RM15, yang rakyat makan beras 1 kilo RM2.70,” menurut keterangan dalam gambar itu.

Baca: MP gesa tolak Najib sebab dia tak makan nasi

Semakan atas talian mendapati pasar raya besar menjualnya dengan harga RM14.79 untuk paket 250 gram bagi produk Love Earth Organic Quinoa.

Ini bermaksud ia menelan belanja RM591.60 untuk 10kg.

Bagaimanapun, bekas 10kg seperti Jasmine Super Special (5 peratus beras hancur) hanya berharga belanja RM25.85.

Mahathir Sindir Najib Pasal Quinoa


Najib mendedahkan amalan pemakannya itu sesi perkongsian Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi semalam.

Anggota parlimen Pekan berkata beliau mengawal diet kerana tidak selalu bersenam.

Menurut Najib, quinoa adalah makanan ruji masyarakat Inca, yang lebih sihat berbanding nasi kerana berasaskan protein, kurang karbohidrat dan kurang gula. - malaysiakini







Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...