Saturday, 10 February 2018

Kenyataan Menteri Ini Buat Rakyat Melenting

Mana-mana kerajaan pun di dunia ini akan menjadi sasaran kritikan dan kemarahan rakyatnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata perkara ini tetap berlaku walaupun kerajaan berkhidmat sebaiknya untuk rakyat.

“Di mana saja di dunia ini, jika ada masalah, kerajaan menjadi ‘punching bag’ (karung tinju). Itu normal,” katanya pada sidang akhbar di pusat khidmatnya di Titiwangsa hari ini.

Johari diminta mengulas kos sara hidup yang meningkat dan dikatakan melampaui kenaikan minimum gaji mereka.

“Rakyat akan mengadu tentang kos sara hidup. Mereka beritahu saya, harga lebih murah semasa mereka di sekolah rendah. Adakah anda jangka kos sara hidup akan kekal sama sekarang? Semestinya tidak.”

Beliau berkata, rakyat tidak patut membuat kesimpulan tentang kos sara hidup kerana orang berbeza mempunyai perbelanjaan berbeza.

“Jika seseorang peroleh RM10,000 sebulan, mereka harus hidup mengikut kemampuan, begitu juga seseorang yang peroleh RM3,000 sebulan,” kata Johari.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata beliau faham kebimbangan rakyat berkenaan kos sara hidup dan memperakui ia peranan kerajaan dalam memastikan inflasi dikawal.

“Ada sesetengah perkara kami boleh lindungi, dan ada perkara tertentu di luar kawalan kami.

“Kerajaan mampu mengawal harga beras, gula, tepung dan minyak masak tetapi produk lain tertakluk kepada dasar pasaran terbuka di mana teori bekalan dan permintaan akan main peranan,” katanya.

Beliau menambah, minyak masak disubsidi kerajaan dan boleh didapati pada RM2.50 tetapi mereka yang mahu membeli minyak masak berjenama mungkin harus berbelanja lebih.

“Juga, jika mahu minum minuman coklat tidak berjenama, anda boleh dapatkan yang murah. Jika mahu jenama lain, saya tidak dapat kawal harganya.

“Bolehkah kita beritahu syarikat swasta jangan menjual pada harga yang diletakkan pada produk mereka sendiri. Jadi, mengapa salahkan kerajaan?”

Mengulas isu kenaikan gaji yang sedikit, Johari berkata ia memang bergantung kepada tempat seseorang itu bekerja.

“Ia bergantung kepada syarikat di mana anda bekerja. Jika anda bandingkan gaji kakitangan awam hari ini dengan 10 tahun lalu, terdapat kenaikan signifikan.

“Jika kakitangan sektor swasta mengadu berkenaan gaji yang tidak naik, dia perlu semak dengan syarikat.”

Menurut Johari, tiada aduan dibuat berkenaan kenaikan gaji daripada pekerja bank, syarikat tersenarai awam (PLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Tetapi rakyat membuat kesimpulan melulu, dan ia menjadi isu.”

Bercakap tentang kawasan pilihan rayanya, Johari berkata beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat.

“Apa sahaja ‘tumbukan’ mereka, saya akan terus berkhidmat kerana mahu menyumbang kepada rakyat,” kata Johari yang berhasrat untuk bertanding di Titiwangsa bagi penggal kedua. - free malaysia today





< style="text-align: center;">
Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Boleh kawal harga. Jgn bagi gst dan cuba bagi subsidi. Harga akan turun punya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...