Wednesday, 21 February 2018

Kemalangan Maut Lebuhraya DUKE 2015, Pemandu Myvi Dipenjara

Kemalangan Maut Lebuhraya DUKE 2015, Pemandu Myvi Dipenjara. Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara 3 tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa 3 beranak, termasuk bayi berusia 6 bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), 3 tahun lalu.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan tertuduh ke-2, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, bekerja sendiri, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Kemalangan Maut Lebuhraya DUKE 2015, Pemandu Myvi Dipenjara. Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.

Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan dipenjara 2 tahun jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh 5 tahun.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM9,000 kepada RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Kemalangan Maut Lebuhraya DUKE 2015, Pemandu Myvi Dipenjara


Pada 2 Mei 2015, Mohammad Fizal Reza dan Siti Noor Aini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia 6 bulan, Nur Firuza Annisa.

Kemalangan Maut Lebuhraya DUKE 2015, Pemandu Myvi Dipenjara. Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...