Monday, 5 February 2018

Betul Ke Mahathir Cakap Macam Ni?

Kesemua ahli parti dalam Pakatan Harapan diminta agar mengundur satu langkah dalam kesetiaan terhadap parti masing-masing bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya kesetiaan terhadap parti masing-masing tidak pudar, maka pembangkang akan terus membangkang di negara ini.

Beliau turut meminta kesemua ahli parti komponen Pakatan Harapan agar menyokong calon yang diletakkan di sesebuah kawasan walaupun calon tersebut bukan dari parti mereka.

"Untuk kita menang, kita kena bersatu. Menubuhkan satu gabungan bukan mudah. Masing-masing ada kesetiaan terhadap parti mereka. Tapi kita tak boleh terus begitu.

"Tapi kalau kita terlalu setia sangat dengan parti kita, kita tak akan menang. Kita ke belakang sikit dan utamakan Pakatan Harapan, mesti kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya ketika berucap di hadapan 2,000 penyokong di Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang 2018 tadi.

Pengerusi Bersatu itu walaubagaimanapun mengakui pakatan itu sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk memenangi PRU14.

"Kita kena tukar parti untuk kepentingan perjuangan. Hubungan rapat amat penting, tolong menolong dalam pilihanraya. Empat buah parti akan sokong satu calon. Siapa sahaja calon Pakatan Harapan, kita kena sokong.

"Apa yang saya cakap malam ini, amat penting. Kita kena campur-campur semua. Tak boleh sini biru, sini merah, lagi satu (tempat) oren. Jika kita boleh bersatu, Putrajaya milik kita dan kita akan jadi kerajaan.

"Apa guna mendapat kawasan tetapi kalah? Kalah dengan tak dapat kawasan, kalah lebih dasyat dari tak dapat jadi calon," katanya. -sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...