Saturday, 3 February 2018

Azmin Ali Bertanding Di Bagan Datok?

Azmin Ali Bertanding Di Bagan Datok? Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilapor dalam pertimbangan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang PRU14 ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, bagaimanapun beliau masih menunggu dan perkara itu bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan.

Azmin Ali Bertanding Di Bagan Datok? "Saya dalam pertimbangan untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk namun ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan.

“Selangor sudah dalam keadaan baik, jika mahu bertanding mungkin pilih di luar Selangor seperti Pekan atau Bagan Datuk. Kerusi di Shah Alam sudah okey, kerusi Gombak tak pasti, kena tengok dulu,” katanya selepas Program Penyerahan Masjid Taman Tun Teja dan Kenduri Rakyat di Masjid  Taman Tun Teja, Rawang, di sini, hari ini.

Pada PRU13 lalu, Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Sementara itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor  turut meminta supaya tidak terus diasak berhubung isu calon PRU14 yang bakal bertanding di Selangor disebabkan Pakatan Harapan (Harapan) di negeri lain belum berbuat demikian.

Azmin Ali Bertanding Di Bagan Datok? 


Menurutnya, proses penetapan calon Harapan di Selangor belum dimuktamadkan dan memerlukan lanjutan masa disebabkan belum mencapai konsensus.

Azmin berkata, beliau tidak boleh meletakkan sasaran waktu tepat keputusan penuh calon itu kerana proses masih berjalan.

“Senarai penuh calon belum muktamad kerana empat kali pertemuan yang dibuat melalui jawatankuasa pilihan raya belum mencapai kata sepakat baki sepuluh peratus kerusi.

“Kita mempunyai jawatankuasa pilihan raya yang di dalamnya turut dibincangkan mengenai calon, pembahagian kerusi dan persediaan menjelang pilihan raya,” ulasnya berkenaan status  penempatan calon Harapan di Selangor.

Jelasnya, proses perbincangan yang berterusan disebabkan perbezaan pendapat adalah proses yang normal namun yakin mampu diselesaikan segera.

Azmin Ali Bertanding Di Bagan Datok? 


“Saya yakin jika ada konsensus penetapan calon Harapan di Selangor mampu selesai dan kini prosesnya telah 80 peratus persetujuan.

“Proses meletak nama calon ini tak boleh selesai dalam sehari jadi jika boleh selesai kita teruskan dan kalau tak boleh kita jangan paksa.

Azmin Ali Bertanding Di Bagan Datok? “Calon yang dirasakan sesuai dan berpotensi untuk menang itu yang akan diletakkan mewakili Harapan namun perlu melalui proses persetujuan bersama,” katanya. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...