Monday, 19 February 2018

Anak Bekas Menteri Dedah Umno Gentar Lawan Mahathir

Anak Bekas Menteri Dedah Umno Gentar Lawan Mahathir. Kerajaan Umno-BN dilihat semakin terdesak dan mula merasa gentar dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan mungkin bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, perkembangan itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa membuat janji-janji manis kepada penduduk di sana dengan mengumumkan peruntukan bagi tujuan pembangunan di sana.

Anak Bekas Menteri Dedah Umno Gentar Lawan Mahathir.  “Ini merupakan tindak balas daripada beliau selepas merasa terancam dengan pengumuman Tun Mahathir sebelum ini untuk bertanding di Pulau Langkawi.

“Malah jika kita lihat, bukan Umno sahaja yang merasa terancam, malah Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad juga sudah mula cemas dan takut dengan kehadiran Tun Mahathir sehingga beliau mengeluarkan dakwaan-dakwaan tak masuk akal, “katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akramsyah berkata, kerajaan Umno-BN hanya pandai memberi kata-kata manis kepada rakyat menjelang PRU14 ini namun hakikatnya penduduk di Pulau Langkawi sendiri tidak pernah merasakan sebarang hasil sepanjang zaman pemerintahan Najib.

Anak Bekas Menteri Dedah Umno Gentar Lawan Mahathir


“Kita tak nafikan memang ada pembangunan seperti pembinaan hotel baharu sewaktu zaman Najib namun umum perlu tahu di Langkawi sudah jadi kelaziman bagi pembinaan seperti itu.

Anak Bekas Menteri Dedah Umno Gentar Lawan Mahathir.  “Kita tak lihat ia adalah satu sumbangan jitu untuk bangunkan Pulau Langkawi memandangkan semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir, lebih banyak idea-idea bernas oleh beliau untuk majukan penduduk di sini tanpa perbelanjaan yang tinggi,” katanya. - sinar harian






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...