Wednesday, 28 February 2018

PAS Kedah Tolak Kerjasama Dengan Umno

PAS Kedah Tolak Kerjasama Dengan Umno. Akar umbi PAS di Kedah percaya tidak akan ada kerjasama antara parti Islam itu bersama Umno- Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun kecenderungan kedua-dua pucuk pimpinan parti itu menunjukkan sebaliknya.

Bagaimanapun, rata-rata akar umbi PAS yang ditemui The Malaysian Insight percaya dakwaan kerjasama itu sengaja dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana berdendam dengan parti Islam itu yang mahu mempertahankan undang-undang Islam.

PAS Kedah Tolak Kerjasama Dengan Umno. Seperti Awang Ahmad, 55, dari Kubang Pasu yang mengakui beliau hampir mempercayai dakwaan tersebut.

Namun katanya, setelah isu tersebut dijelaskan oleh pimpinan parti, Awang bersyukur tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

“Ini semua kerja PH, kerja DAP. Mereka memang tak suka PAS sebab kita nak perjuangkan hudud. Jadi macam-macam cerita mereka reka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, bukan saja akar umbi PAS di Kedah, malah di seluruh negara pun tidak akan dapat menerima kerjasama dengan parti yang selama ini dianggap musuh tradisi.

“Tak payah tanya lagi. Ia tidak akan berlaku. Kita memang tak akan percaya, pucuk pimpinan, presiden kita tidak akan sesekali mengkhianati parti ini,” katanya merujuk kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

PH menyelar sikap PAS terhadap Umno dan kerajaan BN selepas parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.

PAS Kedah Tolak Kerjasama Dengan Umno


DAP dan PKR sebelum ini merupakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Selepas berakhirnya gabungan Pakatan Rakyat, PAS menubuhkan gabungan pembangkang sendiri, yang dinamakan Gagasan Sejahtera Rakyat.

DAP dan PKR kini bersama Bersatu dan Amanah dalam PH.

PAS secara rasmi berulang kali mendakwa yang ia tidak membuat pakatan pilihan raya bersama Umno, sebaliknya akan bertanding menentang calon Umno pada PRU14.

Namun, beberapa aspek lain hubungan Umno-PAS mencetuskan rasa curiga. Contohnya, enggan menyertai PH untuk mengundi membantah Bajet 2018 BN di Parlimen.

Hadi juga sekurang-kurangnya sudah dua kali berkongsi pentas dengan Perdana Menteri Najib Razak.

PAS memberi alasan yang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang juga melakukan perkara yang sama dengan Najib serta menteri BN lain.

Bagi pihak Umno pula, parti itu banyak kali menahan diri daripada menyerang PAS walaupun pada hakikatnya ia mungkin akan hilang hampir kesemua kerusi dalam PRU14.

Sejak 2015, Najib dan Hadi tidak pernah bertikam lidah, sebaliknya memberi kritikan pedas terhadap PH serta pemimpinnya seperti Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

Para pemimpin Umno seperti ketua penerangannya, Annuar Musa turut menyeru untuk berbaik dengan PAS.

Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah juga mengharapkan akan adanya kerjasama di antara PAS dan Umno.

Sementara itu, ahli PAS Kuala Nerang, Mohd Yusri, 49, turut menyatakan pandangan sama, tiada kerjasama antara PAS dan Umno di Kedah.

“Isu tersebut cuma dimainkan saja, tapi dari segi konteks politik tidak mungkin PAS dan Umno berkerjasama.

PAS Kedah Tolak Kerjasama Dengan Umno


“Akar umbi tidak akan dapat menerima,” katanya yang tinggal di Kampung Musa, Kuala Nerang, kawasan yang menjadi kubu kuat PAS.

Katanya, akar umbi PAS hanya boleh menerima jika kerjasama itu melibatkan perpaduan ummah seperti dalam isu Rohingya dan Palestin.

Namun berbeza dengan Yusof Isa, 73, dari Kuala Kedah yang tidak menolak jika adanya kerjasama dengan Umno dan PAS.

“Kalau betul ada, apa salahnya. Kita pun teringin hendak tengok juga,” kata Yusof yang dulunya merupakan ahli Umno.

Kata Yusof, beliau menjadi ahli PAS kerana tertarik dengan perjuangan parti Islam itu.

“Kita mahu dekat dengan Islam, jadi masuklah PAS, tapi tak ingatlah sejak bila mungkin dalam 20-25 tahun lepas.”

Tambahnya, meskipun mengharap adanya kerjasama tersebut, mengenali akar umbi di Kedah, ia merupakan perkara yang mustahil.

“Macam mana pun tidak ada salahnya kalau Hadi berbaik dengan Najib, sebagai orang Islam takkanlah kita hendak bermusuh pula.

“Tapi kalau ikut perjuangan PAS, kerjasama itu tidak mungkin.”

PAS Kedah Tolak Kerjasama Dengan Umno. Ditanya pandangannya mengenai pimpinan PAS yang tidak lagi bersuara menentang rasuah dan salah guna kuasa seperti zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yusof berkata pendekatan Hadi mungkin berbeza dan lebih lembut. – the malaysian insight



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...