Saturday, 13 January 2018

Ustaz Murtadha Yusof Meninggal Dunia

Ustaz Murtadha Yusof Meninggal Dunia. Pendakwah terkenal, Ustaz Murtadha Yusof meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu.

Berita itu dikongsi oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, yang memuat naik status di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Ustaz Murtadha Yusof Meninggal Dunia.  Menurut kenyataan itu, jenazah dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan di kebumikan di Masjid Penghulu Him di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ustaz Mohammad Yaakub, kelmarin, Allahyarham Ustaz Murtadha terpaksa ditidurkan untuk merehatkan paru-parunya selepas beberapa kali berlaku penurunan oksigen dan dilaporkan bakal menjalani rawatan lanjut, Isnin depan.

“Keadaan Ustaz Wadi Annuar yang dirawat di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh menunjukkan tanda-tanda positif,” katanya.

Allahyarham Ustaz Murtadha Yusof (dua, kiri) yang dirakam sebelum terlibat kemalangan.

Ustaz Murtadha Yusof Meninggal Dunia


Pada 4 Januari lalu, empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan.

Dalam kejadian jam 7 petang, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.

Selain Ustaz Murtadha Yusof dan Ustaz Wadi Annuar, dua lagi individu dalam kenderaan terbabit adalah Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadha.

Ustaz Murtadha Yusof Meninggal Dunia.  Keempat-empat mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping, di mana Ustaz Murtadha tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan dalam otak. -sinar




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...