Tuesday, 30 January 2018

Tunku Mahkota Johor Beri Sinar Baru Pada Liga Malaysia

Tunku Mahkota Johor Beri Sinar Baru Pada Liga Malaysia. Pasukan bola sepak tempatan bakal menerima “bayaran” daripada agihan hak penyiaran di iflix yang dijangka bernilai RM30 juta setahun, bermula tahun ini, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) itu berkata, ia bakal dinikmati semua pasukan bola sepak Malaysia yang bertanding dalam Liga Malaysia selama 10 tahun.

Tunku Mahkota Johor Beri Sinar Baru Pada Liga Malaysia. Tunku Mahkota Johor itu juga berkata, hak penyiaran itu adalah hasil jalinan kerjasama yang dimeterai antara FMLLP dengan syarikat ekonomi digital antarabangsa, iflix.

“Apa sahaja duit hak penyiaran akan diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam negara ini, sekaligus boleh membantu kita menstruktur semula industri bola sepak negara.

“Hak penyiaran adalah penting kerana kalau kita lihat, industri bola sepak negara kita mempunyai masalah kewangan dan profesionalisme. Kerjasama bersama iflix hanyalah satu permulaan…kita akan ada banyak lagi jalinan kerjasama dalam membantu meningkatkan mutu bola sepak negara,” katanya selepas majlis menandatangani kerjasama FMLLP bersama iflix, hari ini.

Tunku Ismail berkata, kerjasama itu turut membuka ruang bagi FAM dan FMLLP membanteras rasuah serta membentuk integriti di kalangan penggiat industri bola sepak tempatan.


Tunku Mahkota Johor Beri Sinar Baru Pada Liga Malaysia


Selain itu, pemain juga akan lebih berusaha menarik lebih ramai pelabur ke dalam pasukan agar pasukan mereka mempunyai kestabilan kewangan dan tidak bergantung kepada dana kerajaan.

“Dengan bimbingan FAM dan FMLLP, kita akan memastikan mereka menggunakan wang yang mereka dapat untuk menambah baik pasukan mereka sendiri, terutamanya dalam soal infrastruktur.”

Sementara itu, kerjasama yang dijalin bersama iflix akan memberi peluang kepada peminat bola sepak negara menonton penstriman secara langsung setiap perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA terpilih secara eksklusif di saluran “Football Malaysia on iflix”.

Bermula 3 Februari ini, peminat bola sepak seluruh negara akan mendapat akses untuk semua musim pertandingan, termasuk 22 perlawanan dengan 6 perlawanan setiap minggu untuk Liga Super, 74 perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia serta perlawanan Liga Premier yang terpilih, selain Piala Sumbangsih.


Tunku Mahkota Johor Beri Sinar Baru Pada Liga Malaysia


Selain itu, mereka boleh mengakses ciri baharu termasuk sorotan perlawanan dan temu bual pemain.

Setiap pengguna juga boleh menonton 4 perlawanan Liga Super setiap minggu secara penstriman secara langsung yang semuanya 46 perlawanan dan Liga Premier terpilih secara percuma, tanpa mengira status langganan. - free malaysian today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...