Saturday, 27 January 2018

Siti Hasmah Disiasat Polis

Siti Hasmah Disiasat Polis. Polis hari ini tiba di  Yayasan AlBukhary di sini untuk menyoal siasat Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali atas penglibatannya dalam sebuah perhimpunan wanita di Kuala Lumpur pada September lalu.

Dua pegawai polis dilihat tiba pada 11.30 pagi tadi untuk menyoal Siti Hasmah, 91, isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah Disiasat Polis. Marina-MahathirIa berhubung kehadiran Siti Hasmah di perhimpunan “Wanita Bantah Politik Toksik” pada 10 September tahun lalu, dihadiri kira-kira 1,000 orang, termasuk ahli politik pembangkang dan aktivis hak asasi.

Siti Hasmah dan Dr Mahathir, kedua-duanya membuat ucapan di depan orang ramai yang berkumpul di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum berarak ke Kompleks Pertama di pusat bandar.

Siti Hasmah Disiasat Polis


marina-tweetAnak sulung pasangan itu, Datin Paduka Marina Mahathir turut hadir di Yayasan AlBukhary, menyatakan sokongannya bersama beberapa pemimpin NGO dan aktivis wanita.

“Bayangkan!” katanya dalam Twitter, sambil menaikkan hashtag “whatisthiscountrycomingto” (ke mana negara ini sedang tuju).

Siti Hasmah Disiasat Polis. Turut menemani Siti Hasmah ialah peguam Hanif Khatri Abdulla. -free malaysia today




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...