Thursday, 18 January 2018

Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang.. Ini Buktinya

Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang.. Ini Buktinya. Pengundi di Sabah ada banyak pilihan parti pembangkang pada pilihan raya umum nanti, walaupun kelebihan nampaknya pada parti-parti tempatan buat masa ini.

Di satu pihak, terdapat Gabungan Sabah yang terdiri daripada parti-parti tempatan seperti Parti Harapan Rakyat Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Warisan Sabah dan Parti Cinta Sabah.

Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang.. Ini Buktinya. PAS, dan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah, membentuk parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung.

Tinjauan pada Selasa mendapati kedua-dua parti tempatan dan parti seangkatan di peringkat nasional mempunyai merit tersendiri, tetapi umumnya, orang awam bersetuju parti tempatan lebih memahami keadaan dan oleh itu membuat pilihan yang lebih baik.

Tetapi ada yang mengatakan parti tempatan pernah diuji sebelum ini dan, sayangnya, gagal menghadapi keadaan, justeru memberi peluang kepada parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung untuk mendahului dari segi menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan lebih baik sekiranya pembangkang menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pekerja sektor pelancongan, Lester Dominic, 42, percaya parti tempatan akan memberikan prestasi lebih baik jika mereka membentuk kerajaan, kerana mereka tahu lebih banyak isu tempatan.

“Misalnya, kampung tanpa elektrik dan jalan yang baik, terutamanya di tempat saya di Penampang, yang sentiasa banjir selepas hujan lebat,” katanya.

Rose Ragai bersetuju, mengatakan penting untuk mengetahui latar belakang parti tempatan, reputasi mereka terhadap isu rasuah dan apa yang mereka perjuangkan.

“Saya akan memilih parti tempatan kerana mereka tahu asal usul mereka.

“Mereka tahu keperluan penduduk tempatan dengan lebih baik dan rasa kekitaan lebih kuat berbanding parti dari Semenanjung Malaysia,” kata ahli ekologi berusia 37 tahun itu.

Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang.. Ini Buktinya


Penjaga kedai, Simplisius Joannes, 49, sebaliknya, memberi pendapat yang lebih keras.

“Parti tempatan menjadi pilihan saya kerana Sabah untuk rakyat Sabah. Pada saya, mereka boleh dipercayai, terutamanya Warisan…mereka kelihatan lebih baik (berbanding selebihnya),” katanya.

Walaupun mengakui rakyat berpendapat parti tempatan lebih memahami isu tempatan, Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata ini tidak semestinya betul.

“Apa yang boleh saya katakan adalah majoriti rakyat mahu melihat Sabah mempunyai peranan yang lebih besar dalam proses pembangunan negara.

“Orang ramai mahu melihat lebih banyak autonomi kembali kepada Sabah. Sekiranya kerajaan negeri adalah parti tempatan dan persekutuan pula sebaliknya, maka tidak akan ada otonomi,” kata Adun Sri Tanjong yang berusia 40 tahun itu.


Beliau memberi contoh Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan Sabah dari 1985 hingga 1994.

“Tiada apa yang berlaku ketika itu. Di Sarawak, parti pemerintah terdiri daripada semua parti tempatan tetapi mereka masih perlu berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai isu tertentu.

“Itulah sebabnya cara terbaik ialah menukar kerajaan negeri dan persekutuan dengan parti yang sama.”

Chan berkata DAP sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan parti tempatan, sambil menambah ini menyebabkan semua parti melengkapkan satu sama lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek berkata, tinjauan itu penilaian umum yang adil mengenai sentimen di lapangan.

“Saya akan mengatakan kira-kira 60% orang merasa seperti itu, dari segi cenderung untuk mengundi parti pembangkang tempatan.

“Bahagian yang sukar adalah parti mana yang mahu dipilih kerana ada begitu banyak pada masa ini. Itu menjadikannya lebih sukar untuk memilih,” katanya.

Mitchelle Germaine merasakan perkara yang sama. “Bagi saya, ini lebih kepada apa yang ditawarkan oleh parti ini, terutamanya apabila membuat perubahan penting.

“Tetapi pada masa ini, saya masih belum membuat keputusan. Saya tidak yakin,” kata setiausaha syarikat berusia 29 tahun itu.

Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang.. Ini Buktinya


Peniaga tempatan, Oliver Galasius juga tidak dapat memutuskan parti mana paling sesuai untuk Sabah.

“Mestilah parti tempatan. Adakah anda suka seseorang datang ke rumah anda dan beritahu anda apa yang perlu dilakukan?

“Tetapi saya fikir tiada parti yang akan melakukan lebih baik berbanding yang lain kerana tiada seorang pun daripada mereka tulen,” katanya.

Hector Stephen, bagaimanapun, berkata parti nasional boleh lebih membangunkan Sabah.

“Parti pembangkang yang berpangkalan di Sabah lebih baik untuk penduduk tempatan kerana mereka tahu lebih banyak mengenai isu tempatan dan juga apa yang orang tempatan boleh buat dan tidak boleh.

“Bagaimanapun, saya lebih suka parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia jika kita bercakap tentang belanjawan untuk pembangunan Sabah,” kata pekerja minyak dan gas berusia 38 tahun itu.

Douglas Valentine, seorang kontraktor, berkata beliau tidak akan mengundi mana-mana parti atau pakatan yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hamid Ismail, seorang pemimpin PAS di Sabah, berkata isu yang berkaitan dengan bidang kuasa tidak seharusnya dibangkitkan.

“Setiap parti mempunyai prinsipnya sendiri. Bagi PAS, pada dasarnya ia mengenai Islam, yang bermaksud semua orang harus mendapat keadilan, tanpa mengira kaum dan agama.

Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang.. Ini Buktinya. “Jika kami menang, kita akan menawarkan lebih banyak, bukan sahaja ketelusan tetapi juga kerohanian. Sehingga kini, belum ada seorang pun pemimpin PAS yang dituduh rasuah,” kata Hamid yang kalah untuk kerusi DUN Tanjong Aru pada PRU13. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...