Tuesday, 16 January 2018

Rupanya Ini Sandiwara Belaka?

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan isu peneroka Felda yang rapat dengan PAS mendakwa tindakan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mengembalikan tanah di Jalan Semarak kepada Felda tanpa sebarang kos ialah sandiwara Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Roslan Md Isa berkata, keputusan menyerahkan tanah itu kepada Felda tanpa sebarang kos tidak masuk akal.

Beliau turut mempersolkan tiada tindakan diambil ke atas Tan Sri Isa Samad yang merupakan pengerusi Felda ketika pemindahan hak milik tanah itu berlaku pada 2015.

“Ini semua sandiwara cap ayam. Apa yang berlaku memang dijangkakan, ini memang lakonan yang sangat membosankan kami anak-anak peneroka, umumnya para peneroka juga,” katanya kepada FMT.

Isa dilantik sebagai pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Felda dan SPSB menandatangani satu perjanjian persefahaman kira-kira 1 tengah hari tadi untuk mengembalikan semua 16 lot tanah di Jalan Semarak tanpa sebarang kos.

Bagaimanapun, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dilaporkan berkata, siasatan polis dan audit forensik yang dijalankan sebuah firma audit luar ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak akan diteruskan.

Katanya, laporan polis yang dibuat pada 12 Disember dan 28 Disember lalu di bawah Seksyen 420 serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan juga tidak akan ditarik balik.

Mengulas lanjut, Roslan mendakwa tindakan mengembalikan tanah Felda itu bertujuan menarik sokongan warga Felda menjelang PRU14.

“Mereka hanya nak undi warga Felda, dahulu 54 kerusi Parlimen adalah ‘fix deposit’ Umno-BN, tapi kini tidak lagi, ini yang membimbangkan mereka dan Datuk Seri Najib Razak.

“Kami tidak akan terpedaya lagi, mereka yang bersalah wajar dan wajib dibawa ke muka pengadilan.”

Presiden Majlis Belia Felda (MBFM), Anuar Manap bagaimanapun menolak dakwaan Generasi kononnya pengembalian tanah kepada Felda itu bermotifkan politik menjelang PRU14.

Sebaliknya, adun Sekijang dari Umno itu berkata, pengembalian tanah kepada Felda jelas membuktikan agensi itu di bawah pimpinan Shahrir ikhlas menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Saya rasa komitmen Shahrir ini dah pun bermula selepas beliau ambil alih Felda. Tak timbul isu nak PRU atau tidak kerana dah beberapa perkara sebelum ini pun ditangani dengan baik oleh Felda,” katanya ketika dihubungi FMT.

Pada 21 Disember lalu, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi mencurigakan sejak 2015.

Sumber dipetik Berita Harian berkata, pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.

Shahrir dilaporkan mengakui berlaku transaksi 4 bidang tanah itu yang dianggarkan bernilai RM270 juta, tetapi Felda tidak mendapat sesen pun kerana tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.

Akhbar itu melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak itu dianggarkan mencecah RM1 bilion, jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta dalam 4 perjanjian jual beli tanah antara Felda dan SPSB. - free malaysia today




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







2 comments:

  1. Tak kira lah sadiwara ke betul ke. Yang penting tanah tu betul- betul diserah balik pada Felda. Kalau tanpa kena bayaran lagi hebat.Sbb dulu pun Shahrir kata Felda tak dapat sesen pun. Kalau sandiwara menjadi, penonton sampai keluar air mata,berjayalah engko. Penonton kena sedar,yang berlaku tu sandiwara atau bukan.

    ReplyDelete
  2. bila rakyat dh bising.. eeeh senang je tukar nama balik tanpa kos.

    ganti rugi mcmana?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...