Tuesday, 9 January 2018

Realiti Ekonomi Malaysia 2018

Realiti Ekonomi Malaysia 2018. Setiap kali memasuki tahun baharu, pastinya perkiraan bajet tahunan mrnjadi agenda utama setiap lapisan masyarakat.

Jika penghujung  2017, ada di antara rakyat berasa sedikit terbeban, dengan kos persekolahan sama ada untuk kelengkapan mahupun yuran atau mungkin bayaran pengangkutan anak-anak.

Bebanan itu seboleh-bolehnya mahu dilepaskan apabila menjejak ke tahun 2018.

Realiti Ekonomi Malaysia 2018.  Paling tidak, tiada lagi kenaikan harga petrol untuk satu tempoh lama; tiada lagi kenaikan harga barang terutama keperluan dapur; pemansuhan tol-tol utama serta harga makanan di restoran yang tidak melampau harganya.

Itu hasrat awal yang diharap akan dapat menjadi kenyataan.

Rakyat kebanyakannya tidak peduli mengenai hal-hal politik dan hal-hal lain, kerana bagi mereka biar apa terjadi sekalipun, kebajikan rakyat harus diutamakan.

Bolehkah hasrat ini ditunaikan pada suku pertama 2018?

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor berpendapat, keadaan ekonomi semasa Malaysia masih bergerak pada graf yang sama seperti tahun lalu.

Realiti Ekonomi Malaysia 2018


"Tiada apa-apa perubahan. Masih bergelut dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup serta perkara-perkara lain yang membelenggu rakyat.

"Itu senario biasa. Saya pasti, kerajaan ada inisiatif untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara, tetapi perkara ini perlukan masa," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh berharap sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

"Cuma, saya boleh katakan, kerajaan boleh membantu rakyat dari segi tidak ada lagi cukai-cukai yang membebankan rakyat, mengekal atau menurunkan tarif elektrik atau menyekat peniaga dari terus menaikkan harga sewenang-wenangnya.

"Sudah pasti, kerajaan mempunyai perancangan untuk melihat ekonomi negara berada pada tahap terbaik," ulasnya.

Dalam pada itu, Shazali turut mengingatkan rakyat agar bijak berbelanja dan mengurus masa.

"Jika dahulu, ramai yang suka bercuti di luar negara, tetapi sekarang menukarnya ke dalam negara sahaja.

Realiti Ekonomi Malaysia 2018


"Sama juga berbelanja mahupun makan di luar, rakyat bijak memilih dan membuat keputusan yamg dapat menjimatkan poket mereka," katanya lagi.

Jelasnya, selain berbelanja, rakyat diingatkan agar tidak terlalu membebankan diri hanya untul menambah pendapatan.

"Kalau dulu kerja 10 jam takkan sekarang kerja 15 jam pula?

"Seharusnya pada masa sekarang, waktu kerja itu dapat dijimatkan kerana kita sudah menuju negara maju," ujarnya.

Jelasnya,definisi negara maju bukanlah hanya kepada pendapatan negara tetapi juga termasuk kecerdikan rakyatnya.

"Negara maju itu adalah rakyat yang toleransi, menjaga kebersihan, menjaga petuturan, keseimbangan kaum tanpa berlakunya persengketaan dan bermoral.

"Lihat kepada negara Arab yang hasil negaranya sangat banyak, tetapi rakyatnya bagaimana?

Realiti Ekonomi Malaysia 2018.  "Intai pula negara Barat, hasil pendapatan mereka tidaklah begitu tinggi, tetapi rakyatnya boleh hidup dalam keadaan memberi dan menerima," katanya. - sinar






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...