Wednesday, 10 January 2018

Punca PAS Kalah Setiap Pilihanraya Didedahkan Presidennya Sendiri

Punca PAS Kalah Setiap Pilihanraya Didedahkan Presidennya Sendiri. Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kejahilan umat Islam di Malaysia di samping kurang kesedaran di kalangan generasi muda Islam tentang pentingnya mengundi, adalah punca pendokong negara Islam seperti PAS gagal pada setiap pilihan raya.

Berucap merasmikan sebuah dewan serbaguna di Marang, Terengganu pada Isnin lalu, presiden PAS itu berkata Malaysia masih di bawah sistem yang ditinggalkan penjajah walaupun penduduk majoriti beragama Islam.

Punca PAS Kalah Setiap Pilihanraya Didedahkan Presidennya Sendiri. “Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60%, Cina 25% je, India dengan macam-macam hat baki, orang Islam 60%. Tapi pilihan raya kalah, kalah Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah negeri cara Islam ini wajib,” kata Hadi, seperti dipetik portal berita rasmi PAS, Harakahdaily.

Menurutnya, umat Islam masih menganggap Islam hanya terbatas kepada beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa dan haji.

“Pitih [wang] banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam,” katanya.


Punca PAS Kalah Setiap Pilihanraya Didedahkan Presidennya Sendiri


Hadi berkata berbeza dengan pengundi Cina, umat Islam tidak merasakan mengundi sebagai kewajipan yang penting.

“Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang Cina, dia 20% je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak penting mengundi ini, lak begitu.

Punca PAS Kalah Setiap Pilihanraya Didedahkan Presidennya Sendiri. “Akhirnya kita tak mengundi, dia mengundi, dia pilih kerajaan.” - free malaysia today





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







1 comment:

  1. Lagi satu, orang benciu perangai PAS yang mulutnya kohong. Maaflah, saya cakap terus-terang sahaja kali ini. Selalunya saya berlapik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...