Wednesday, 24 January 2018

Petanda Pakatan Harapan Sabah Menangi PRU 14

Petanda Pakatan Harapan Sabah Menangi PRU 14. Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju untuk membenarkan Warisan mengetuai pertempuran di negeri itu, menawarkan parti pembangkang yang baru terbentuk itu dengan 60% bilangan kerusi negeri, sebagai balasan bagi 60% kerusi Parlimen negeri.

Tawaran itu dibuat kepada parti pembangkang hari ini bersama tarikh akhir untuk menyelesaikan rundingan kerusi sebelum akhir bulan, kata Timbalan Pengerusi PH Sabah dan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.

Petanda Pakatan Harapan Sabah Menangi PRU 14. "Ini adalah yang terbaik mampu kami tawarkan kepada Warisan. Inilah persetujuan PH. Kami mencadangkan 60% kerusi kepada mereka, yang kami anggap sangat adil," katanya.

Persetujuan itu datang susulan mesyuarat panjang antara PH Sabah dan timbalan pengerusi PH kebangsaan merangkap Pengarah Pilihan Raya PH, Muhyiddin Yassin, malam tadi.

Wong, yang berbalah dengan Warisan berhubung kerusi luar bandar dua minggu lalu, dengan nada berdamai mengatakan perkara itu hanya "masalah kecil".

"Kami sangat fleksibel. Matlamat utama kami adalah untuk menukar kerajaan. Tetapi kita perlu ada kompromi.

Sabah mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen. Proses persempadanan semula yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sekarang akan menambah 13 kerusi negeri baru di Sabah, menjadikan keseluruhannya 73 kerusi.

Petanda Pakatan Harapan Sabah Menangi PRU 14


"Kami sangat ikhlas dalam perkara ini, dan tawaran ini adalah sangat jarang," kata Wong dan menambah pertemuan sudah diatur antara pemimpin dari Warisan dan PH Sabah untuk memperhalusi rundingan kerusi mereka. 

Perbincangan antara pakatan pembangkang negara dan nasional untuk pakatan pilihan raya telah berlangsung sejak beberapa minggu lalu, kini pemimpin pembangkang mempunyai masa sehingga minggu depan untuk mencapai persetujuan.

Muhyiddin, yang mengumumkan tarikh akhir untuk mencapai kata sepakat itu berkata, beliau menganggap presiden yang juga pengasas Warisan Shafie Apdal adalah "rakan baik".

"Sebelum akhir bulan ini, mengenai peruntukan kerusi antara parti-parti yang berunding harus dimuktamadkan menurut majlis presiden PH.

"Berhubung dengan calon, senarai nama calon bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh neara akan diumumkan selepas rundingan kerusi selesai," katanya pada sidang media hari ini. 

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyebut kerjasama dengan parti pembangkang negeri yang lain kecuali Warisan, tetapi berkata PH sedia berkerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai matlamat sama untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional. 

Petanda Pakatan Harapan Sabah Menangi PRU 14


"Namun ini yang kami harapkan pada pilihan raya akan datang dan apa yang paling penting kita mesti bertindak bersama.

"Sabah mungkin pernah berdepan pertukaran kerajaan sebelum ini, tetapi untuk mengubah kerajaan persekutuan bukan satu perkara yang mudah," katanya. 

Katanya, beliau pernah berada di dalam BN sebelum ini, penyelarasan dan kerjasama diperlukan untuk perjuangan yang baik bagi melawan gabungan pemerintah.

"Saya tahu bagaimana BN bekerja, tetapi kini saya di pihak pembangkang, jadi perlu ada strategi, dengan objektif yang jelas dan prinsip," kata Muhyiddin yang merupakan timbalan perdana menteri sehingga digugurkan perdana menteri Najib Razak dalam rombakan kabinet pada 2015. 

Bercakap mengenai persediaan PH Sabah, Muhyiddin berkata beliau berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh parti komponen negeri PKR, DAP dan Amanah. 

Petanda Pakatan Harapan Sabah Menangi PRU 14.  Gabungan itu juga sedang mempersiapkan konvensyen itu untuk fasa terakhir kesepakatan baru PH di Sabah. – free malaysia today






Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...