Monday, 29 January 2018

Penyokong PAS Tidak Akan Undi PAS Dakwa Penganalis Politik

Penyokong PAS Tidak Akan Undi PAS Dakwa Penganalis Politik. Sejak penubuhannya, PAS sentiasa yakin dengan ahlinya dalam mana-mana pilihan raya umum (PRU).

Tetapi kali ini, deposit tetap bank undi parti Islam itu tidak begitu meyakinkan lagi, kata penganalisis, susulan kekeliruan ahli terhadap hubungan rapat PAS dengan Umno dan kesan yang dibawa oleh parti serpihan Amanah.

Ahli parti yang teruji kesetiaannya mungkin memilih untuk tidak mengundi parti Islam itu pada PRU14 atau langsung tidak keluar mengundi, kata pemerhati politik.

Penyokong PAS Tidak Akan Undi PAS Dakwa Penganalis Politik. Sehubungan itu, PAS diminta untuk tidak memandang mudah fenomena pengundi senyap daripada kalangan ahlinya yang masih tidak menyatakan secara jelas sokongan mereka dalam PRU

Menurut penganalisis, pengundi senyap ini melibatkan dua kumpulan iaitu pengundi yang keliru dengan hala tuju PAS dan juga kumpulan pengundi pro Amanah.

"Kedua-dua kumpulan ini tidak keluar dari PAS tetapi sebahagian besar dari mereka tidak lagi akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang," kata pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

Mazlan berkata hasil empat kajiannya sejak 2015, beliau mendapati 35% pengundi PAS menyertai Amanah selepas parti itu berpecah.

Katanya, dari 65% yang tinggal, 10% penyokong Amanah yang digelar kumpulan harum manis, manakala 20% lagi golongan yang keliru dengan hala tuju parti itu.

"Saya berpendapat, lebih separuh daripada golongan keliru ini tidak akan mengundi PAS dalam pilihan raya umum akan datang atau tidak keluar mengundi sebagai tanda protes," kata Mazlan.

Penyokong PAS Tidak Akan Undi PAS Dakwa Penganalis Politik


Fenomena ini dapat dilihat apabila The Malaysian Insight membuat tinjauan ke atas pengundi di Terengganu yang dianggap kubu PAS pada hujung minggu lalu.

Penyokong PAS ini antara lain berpendapat, pertandingan tiga penjuru ini akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) akan menang.

"Kami rasa PAS perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membolehkan kita lawan satu lawan satu dengan BN untuk membolehkan kita menang.

"Jika tiga penjuru, macam mana kita hendak menang kerana PAS dan PH merebut golongan pengundi yang sama, jadi BN yang akan menang," kata Abdullah Samad, seorang pesara kerajaan.

Beliau menyokong kajian yang dibuat Dr Mazlan bahawa PAS hanya akan menang dua kerusi DUN atau lebih sedikit saja di Terengganu dalam PRU akan datang jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara PAS, PH dan BN.

"Jadi saya keliru, nak sokong PAS yang akan pasti kalah atau nak sokong PH yang belum tunjuk kekuatannya lagi," kata Abdullah, menyokong kajian Mazlan itu.

Beliau akan mengundi PH jika terbukti menjelang PRU nanti gabungan pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu memperlihatkan kesungguhannya untuk mengambil alih negeri ini manakala PAS terus mahu bersendirian.

"Buat masa sekarang kita belum nampak lagi momentum itu di Terengganu walaupun sudah nampak di pantai barat," katanya.

Seorang lagi ahli PAS yang ditemui juga mengakui pening dengan situasi yang ada.

"Bagi saya PAS kena kerjasama dengan PH untuk jatuhkan kerajaan BN dalam pilihan raya ini demi kepentingan rakyat.

"Kita rakyat sedang susah sekarang kerana harga barang yang naik dengan mendadak yang disebabkan oleh GST.

Penyokong PAS Tidak Akan Undi PAS Dakwa Penganalis Politik


“Jika bertanding PAS sendiri, macam mana kita hendak menang," kata Mohamad Azmi Salleh, seorang kontraktor kecil dengan beberapa badan kerajaan.

Namun baginya, agak sukar kerana PAS sekarang dikuasai pemimpin baru yang kebanyakannya dari golongan ustaz.

Menurutnya, golongan ini meningkat naik dalam parti selepas dalam 1990-an ketika PAS sudah berada di pentas utama politik negara.

"Orang baru ini hendak jadi calon dalam pilihan raya. Bila kerjasama dengan parti lain kena bahagi kerusi pula.

"Jadi saya rasa kumpulan inilah penentang utama kerjasama ini kerana bimbang mereka atau orang yang mereka sokong tidak boleh jadi calon," katanya.

Kekeliruan ini juga dirasai oleh petugas PAS dalam PRU14, Saodah Mohamad.

"Di kampung sebelah, sebuah kampung lari menyertai Amanah secara senyap-senyap padahal ketua dia dulu tu ketua cawangan PAS," kata Saodah yang aktif bersama PAS kawasan Marang.

Katanya, apabila disemak dalam senarai keahlian, mereka ini kekal ahli PAS.

Kemaraan pengundi senyap ini juga disahkan oleh aktivis Bersatu di Kuala Terengganu, Azlan Che Mat yang sebelum ini pemimpin akar umbi PKR.

Azlan berkata jika dalam PAS, golongan ini takut dipulaukan oleh orang PAS, dalam Umno pula golongan ini takut disekat pelbagai bantuan dan projek oleh kerajaan negeri dan pusat jika isytihar keluar Umno atau sertai Bersatu.

"Sebelum ini, kita nampak fenomena ini di Kuala Terengganu saja tetapi sekarang kita sudah mulai merasainya di Marang," katanya kepada The Malaysian Insight.

Azlan berkata beliau percaya selepas selesai pembahagian kerusi peringkat negeri di Terengganu yang dijangka pada 31 Januari ini, PH akan segera menemui pengundi.

Ia sahkan oleh Setiausaha Bersatu Terengganu Hambali Abdul Latif.

"Kita tunggu selesai pembahagian kerusi dulu, baru kita turun sepenuhnya," kata Hambali.

Proses pembahagian kerusi sedang berlangsung di kalangan pimpinan PH sekarang. Mengikut persetujuan awal, setiap parti akan ada di setiap kawasan Parlimen di negeri yang mempunyai lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN itu.

Dalam pembahagian kerusi Parlimen PH sebelum ini, Bersatu mendapat kerusi paling banyak di Semenanjung iaitu 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) dan Amanah (27).

Penyokong PAS Tidak Akan Undi PAS Dakwa Penganalis Politik. Di Terengganu, Bersatu akan bertanding tiga Parlimen iaitu Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Amanah pula akan bertanding di Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus manakala Kemaman dan Dungun akan ditandingi oleh PKR. -  the malaysian insight






Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...