Sunday, 28 January 2018

Pengakuan Najib Bukti Anwar Benar

Pengakuan Najib Bukti Anwar Benar. Pengakuan terhadap kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan apa yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah benar.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau berasa sedih dengan perkara itu kerana selepas beberapa tahun berlalu akhirnya ia diakui gagal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan Najib Bukti Anwar Benar. “Pada saya ini permulaan yang walaupun sedikit lemah, tetapi sekurang-kurangnya permulaan yang saya harap dapat membuahkan hasil dari segi pendakwaan, penangkapan dan tindakan yang boleh menyelamatkan dana negara yang sudah disonglap atau hilang akibat 1MDB.

“Jadi masih lagi ada ruang yang sangat jauh sebelum dapat menyelamatkan ekonomi negara menerusi penyelesaian daripada skandal 1MDB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada program motivasi kecemerlangan untuk pelajar PT3 dan SPM 2018 di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, di sini, hari ini.

Pengakuan Najib Bukti Anwar Benar


Menurutnya, pengakuan itu merupakan satu kebenaran kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Anwar seawal 2011 lagi semasa Terengganu Investment Authority (TIA) iaitu sebelum ditukar kepada dana 1MDB.

“Maka saya juga berasa sedih kiranya beberapa tahun berlalu sebelum ia diakui oleh perdana menteri dan ini menekankan kepentingan pelaksanaan reformasi kepada sistem supaya semua ini dapat kita bincangkan di parlimen dan ruang media tanpa rasa takut.

Pengakuan Najib Bukti Anwar Benar. “Kerana akhirnya kita semua mahu mencari jalan bagi menyelamatkan dana negara. Selagi kita hidup diselubungi penipuan gara-gara untuk terus berkuasa, kita tak mampu maju ke depan,” katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...