Wednesday, 17 January 2018

Pembaling Kerusi Di PPR Pantai Dalam Dikesan?

Pembaling Kerusi Di PPR Pantai Dalam Dikesan? Ibu kepada remaja lelaki yang maut selepas ditimpa kerusi dicampak dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, kelmarin masih trauma.

“Saya masih trauma selepas melihat anak terbaring berlumuran darah di kepala di depan mata saya sendiri.”

Pembaling Kerusi Di PPR Pantai Dalam Dikesan? Dalam kejadian jam 8.20 malam Ahad itu, mangsa, S Sathiswaran, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kerusi pejabat mengenai kepalanya.

M S Kasthuribai, 45, seorang tukang masak di sebuah restoran di sini berkata, ketika kejadian itu, beliau dan anaknya baru pulang menziarahi abangnya yang kelainan upaya, berhampiran kediaman mereka.

“Selepas ziarah abang saya, saya menyuruh anak saya membeli kad prabayar bernilai RM10 di kedai runcit bawah pangsapuri kami, tetapi tiada.

“Tidak lama kemudian, apabila anak saya keluar dari kedai untuk memberitahu saya kad prabayar habis dijual, tiba-tiba sebuah kerusi jatuh menimpa kepala anak saya,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian semalam.

Pembaling Kerusi Di PPR Pantai Dalam Dikesan? 


Terkejut dengan insiden itu, katanya, beliau meminta pertolongan orang ramai, selain menelefon suaminya dan membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Bapa mangsa, K Sathiasilan, 45, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Damansara, tidak menyangka kejadian yang pertama kali berlaku di pangsapuri setinggi 21 tingkat itu, menimpa anaknya.

“Saya berharap pihak polis dapat menangkap pesalah yang melakukan perbuatan sedemikian dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Pengerusi Persatuan PPR Seri Pantai, Tusiah Sino berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di tingkat 11.

Pembaling Kerusi Di PPR Pantai Dalam Dikesan? 


“Sedang saya buat kerja rumah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi kuat seperti objek jatuh dan apabila saya lihat dari atas ia merupakan sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari atas mengenai remaja lelaki itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa polis sedang mengenal pasti suspek kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai. - free malaysia today




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...