Sunday, 21 January 2018

PAS Suruh Parti Pembangkang Lain Menuntut Dengannya

Mana-mana parti pembangkang perlu belajar daripada PAS untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

"Ada orang nak ajar PAS (berlawan dengan BN). Nak lawan BN kena belajar dengan PAS. 

Ini baru nak belajar jadi pembangkang, nak ajar kita jadi pembangkang pula.

"Itu pun pasal dia lari dari Umno sebab tak dapat dedak, bukan kerana prinsip. Kita belajar lebih 60 tahun," katanya ketika berucap pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini.

Tanpa menamakan individu terbabit, kenyataan Idris itu dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Idris berkata PAS telah lama berdepan dengan musuh politiknya itu dalam pilihan raya umum, kecuali sekali ketika bersama BN dalam kerajaan campuran.

"13 kali pilihan raya (PAS bertanding), cuma sekali je tak (lawan) dengan BN ketika berada dalam kerajaan campuran dengan BN. Lain semua kita lawan.

"Waktu dia (Maahthir) pimpin pun kita lawan. Takkan kita jadi pembangkang tak lawan. Tengok kakilah," katanya.

Selain itu, anggota parlimen Bukit Gantang itu turut menasihati anggota PAS agar memastikan sebuah parti Islam memenangi pilihan raya.

Katanya, rakyat perlu meletakkan Islam di hadapan seperti yang diperjuangkan PAS agar semua kaum dan bangsa berada dalam keadaan selamat.

"Kita yakin dan percaya bahawa dengan Islam, akan beri keselamatan. Islam selamat, Melayu selamat. Islam selamat, Cina selamat. Islam selamat, India, Kadazan, Murut selamat.

"Melayu selamat belum tentu Islam dan Melayu selamat. Bila Islam selamat, semuanya akan selamat," katanya lagi. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...