Friday, 19 January 2018

Pakatan Harapan Gagal Daftar Satu Logo?

Pakatan Harapan Gagal Daftar Satu Logo? Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan parti-parti komponen PH akan terpaksa menggunakan simbol parti masing-masing kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) masih berdiam diri 7 bulan selepas permohonan dibuat.

Dr Mahathir berkata JPPM masih belum memberikan jawapan bertulis kepada surat PH yang bertanyakan tentang status permohonan dan pengesahan terima surat pertanyaan itu.

Pakatan Harapan Gagal Daftar Satu Logo?  Beliau menambah PH kini tidak tahu kedudukan mereka kerana ketiadaan jawapan daripada JPPM tidak bermakna permohonan ditolak.

“Tidak melulus atau kelulusan lewat yang melemahkan kami akan menguntungkan BN dan Umno. Ada unsur mala fide, niat tidak baik, dalam tindakan pendaftar tidak jawab permohonan kami,” kata Dr Mahathir di blognya malam tadi.

“Tanpa kelulusan secara rasmi, kami tidak dapat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai sebuah gabungan dengan simbol yang sama. Jika kelulusan diberi setelah Parlimen dibubar, tidak ada masa bagi kami membuat persiapan.”

Beliau berkata kelewatan di pihak JPPM pasti menyukarkan PH kerana usaha mempromosikan simbol dan gabungan parti pencabar Barisan Nasional (BN) itu memerlukan masa yang panjang.

Pakatan Harapan Gagal Daftar Satu Logo? 


“Jika kami tidak dapat kelulusan terutama bagi simbol kami, maka kami terpaksa guna simbol masing-masing. Ini akan mengelirukan pengundi.”

PH menyerahkan permohonan mendaftarkan simbol gabungan itu pada 28 Julai tahun lepas. JPPM kemudian mengarahkan PH menggunakan nama penuh “Pakatan Harapan” pada simbol itu menggantikan “Harapan”, dan PH meminda mengikut permintaan jabatan itu.

Pada 31 Oktober lepas, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat berkata JPPM masih menilai permohonan PH itu.

Dr Mahathir bagaimanapun membidas jawapan itu sebagai tidak mencukupi.

“Kementerian tak beri sebab mengapa ambil masa panjang untuk menentukan sama ada kesalahan dilakukan oleh kami. Kami berjanji patuh segala syarat yang munasabah yang dikenakan kepada kami supaya dapat diluluskan segera,” katanya ketika itu.

Pakatan Harapan Gagal Daftar Satu Logo? 


Dr Mahathir hari ini kecewa pertemuan dua kali dengan JPPM sebelum ini tidak menghasil penjelasan rasmi.

“Kononnya ada masalah dengan DAP dan PPBM. Kenyataan juga dibuat oleh Pendaftar kepada orang ramai, tetapi tidak ada surat rasmi menjelaskan apa dianya masalah.” - free malaysia today






Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...