Tuesday, 2 January 2018

Pakatan Harapan Dedah Tembelang Parlimen Sembrong

Pakatan Harapan Johor menuntut Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan bahawa pemindahan itu melibatkan pemindahan dua rejimen tentera dari Kem Mahkota di Kluang ke Kem Paloh dalam kawasan Parlimen Sembrong. 

PAKATAN Harapan (PH) Johor mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menjawab dakwaan bahawa pengundi tentera akan dipindahkan untuk menyelamatkan ahli Parlimen tersebut di kawasan Sembrong.

PH Johor menuntut agar Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pemindahan itu melibatkan pemindahan dua rejimen tentera dari Kem Mahkota di Kluang ke Kem Paloh dalam kawasan Parlimen Sembrong.

“Pakatan Harapan Johor mencabar Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan Menteri Pertahanan serta ahli Parlimen Sembrong untuk menafikan hal ini.

“(Hishammuddin) harus tampil lebih-lebih lagi Kem Paloh yang dirancang adalah di bawah parlimen beliau sendiri,” kenyataan PH Johor dipetik.

Dalam kenyataan yang turut ditandatangani Presiden Bersatu Johor Muhyiddin Yassin, gabungan parti pembangkang itu mendakwa menerima maklumat mengenai rancangan pemindahan anggota tentera berkenaan.

“Dari sumber kami, dinyatakan bahawa tiada arahan pergerakan pemindahan anggota tentera sebelum dari 1 Jun 2017. 

“Walau bagaimanapun, pasukan disarankan membuat persiapan awal dengan mengadakan mesyuarat untuk mengkoordinasi keperluan rancangan perpindahan ke penempatan baru,” dakwa PH Johor.

Menurut kenyataan tersebut, keperluan rancangan perpindahan itu didakwa melibatkan keperluan logistik termasuk kontena dan kotak pembungkusan.

Dakwaan itu juga berasaskan penemuan 1,051 nama anggota tentera serta pasangan yang dikesan didaftarkan sebagai pengundi di satu kem berasingan di Segamat.

Nama tersebut dikesan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan untuk suku ke-3/2017, walhal kem Segamat masih belum siap.

Sebab itulah PH Johor berpendapat bahawa usaha yang sama turut dijalankan untuk memindahkan pengundi tentera ke Kem Paloh.

“Kami cukup yakin Kerajaan pimpinan BN menerusi SPR sedang berusaha memasukkan senarai nama anggota tentera ke Kem Paloh serta kem baru yang lain untuk ikhtiar hidup mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pertahanan Mohd Johari Baharum akhir bulan lalu menyebut, anggota tentera ditempatkan di kem berkenaan untuk menjaga keselamatan dan bukannya bagi tujuan meraih undi.

PH Johor bagaimanapun menolak penjelasan tersebut kerana melihat kedudukan Kem Paloh yang akan dibina itu dekat dengan kem sedia ada.

“Kem Paloh dibina dalam jarak yang begitu dekat dari kem berhampiran sedia ada iaitu Kem Mahkota dan Kem Batu 3. Kem Mahkota merupakan Pengkalan Tentera Darat menempatkan sekitar lima ke enam unit utama. 

“Jarak Kem Mahkota dari Kem Paloh yang bakal dibina adalah lebih kurang 10km. Kem Batu 3 pula menempatkan 5 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) dengan kedudukannya sekitar 5km sahaja dari Kem Paloh,” kata PH Johor dalam kenyataan tersebut. 

Timbalan Menteri Pertahanan Mohd Johari Baharum dalam satu kenyataan akhir bulan lalu menyebut, anggota tentera ditempatkan di kem berkenaan untuk menjaga keselamatan dan bukannya bagi tujuan meraih undi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2018.

Sebaliknya, mereka percaya bahawa kem berkenaan dibina untuk menjamin kemenangan BN, khususnya bagi DUN Paloh dalam kawasan itu, di mana BN hanya berjaya menang tipis.

“Kem Paloh yang akan dibina bertujuan untuk menambah majoriti kemenangan calon BN khususnya di DUN Paloh. Kemenangan yang diraih oleh calon MCA Teoh Yap Kun (dalam PRU13) dengan majoriti 103 undi adalah suatu kedudukan yang merbahaya.

“DUN Paloh merupakan kerusi dalam senarai hitam BN menjelang PRU14 ini,” kata PH Johor.

Kenyataan yang dihantar oleh Pejabat DAP Johor itu turut ditandatangani Pengerusi Bersatu Johor Shahruddin Md Salleh, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong. – malaysiakini




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...