Wednesday, 3 January 2018

Najib Pemimpin Gagal.. Ini Buktinya

Najib Pemimpin Gagal.. Ini Buktinya. Dr Mahathir hari ini menggeleng kepala pada plan transformasi nasional 2050 (TN50) oleh pentadbiran Najib Razak sambil berkata perdana menteri itu gagal mencapai matlamat Wawasan 2020 seperti diperkenalkan beliau pada 1991.

Bekas perdana menteri itu berkata program TN50 adalah “penciplakan” Wawasan 2020, selain menjelaskan yang Najib hanya melambatkan masa untuk mencapai standard Wawasan 2020.

Najib Pemimpin Gagal.. Ini Buktinya. “TN50 Najib adalah (secara tak langsung) pengakuan yang mereka telah gagal untuk mencapai Wawasan 2020. TN50 adalah salinan semula Wawasan 2020, selain ia memerlukan lagi 32 tahun (untuk mencapai matlamat seperti Wawasan 2020),” kata Dr Mahathir di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. – 3 Januari, 2018.

Wawasan 2020 diperkenalkan Dr Mahathir pada 1991 ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-6 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan itu merangkumi semua aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta perpaduan nasional dan sosial.

Bagaimanapun, pada Ogos 2009 Najib Razak berkata wawasan itu perlu diperkemas dan disesuaikan berikutan krisis kewangan pada 2007 dan 2010.

Najib Pemimpin Gagal.. Ini Buktinya


“Mereka cuba mengalih perhatian daripada Wawasan 2020 kepada TN50 yang di mana Najib tahu dia tidak akan menjadi perdana menteri pada masa itu (32 tahun dari sekarang).

"Itulah sebabnya dia letakkan TN50 ini 30 tahun lebih daripada sekarang,” kata Dr Mahathir.

Ketika membentangkan Bajet 2017 pada Oktober, Najib memperkenalkan TN50 dan disebut-sebut sebagai pendekatan asas untuk bagi membentuk dasar yang akan dicapai pada 2050.

Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, Pakatan Harapan telah pun mempunyai plan untuk menjayakan Wawasan 2020.

“Kami ada cara kami sendiri untuk menjayakan Wawasan 2020. Mungkin ia sedikit lewat sebab hampir sembilan tahun kami ketinggalan untuk melaksanakan visi itu.”


Najib Pemimpin Gagal.. Ini Buktinya


Sebelum ini Dr Mahathir berkata TN50 “terlalu jauh” dan kebanyakan rakyat Malaysia “sudah tiada” ketika masa itu tiba.

“Mereka yang membentuk TN50 percaya yang mereka tak perlu tanggung kalau ia (TN50) gagal,” katanya pada temubual langsung di Facebook hari ini yang dimuat naik ke dalam laman sesawang Bersatu. – the malaysian insight






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...