Wednesday, 24 January 2018

Makin Hebat Pertikaman Lidah MCA - DAP

Pertikaman lidah di antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang berterusan hari ini.

Lim, seorang akauntan, berkata jika beliau adalah pensyarah, Wee, pasti akan gagal.

"Beliau seolah-olah tidak memahami kuliah saya dengan betul, pastinya beliau akan kandas dalam peperiksaannya," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Menjawab sindiran itu, Wee, seorang jurutera awam dengan PhD dalam perancangan pengangkutan, berkata beliau gembira kerana Lim bukan antara pensyarahnya.

"Menjawab sindiran yang dilemparkan Lim kepada saya, saya ingin berkata 'Amithabha' (ungkapan Buddha), saya gembira saya tidak mempunyai pensyarah seperti Lim.

"Cakaplah apa kamu suka, semoga tidur malam kamu lena," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Ketua menteri itu membidas Wee melalui sebuah klip video di mana pemimpin MCA itu mempersoalkan Lim berhubung bayaran yang dibuat kepada projek mega terowong 7.3km yang dijadual akan menghubungkan pulau itu dengan Butterworth. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...