Saturday, 13 January 2018

Majlis Peguam Buat Hal Lagi?

Majlis Peguam Buat Hal Lagi? Ia akan kelihatan “janggal” buat presiden Majlis Peguam Malaysia mengangkat isu pelantikan hakim utama di forum awam, kata Ketua Hakim Raus Sharif.

Raus yang lantikannya dicabar mengikut undang-undang oleh kumpulan peguam berkata, beliau telah membatalkan ucapan presiden Majlis Peguam George Varughese dan peguam negara Apandi Ali dari berucap di majlis pembukaan tahun perundangan (OLY) tahun ini kerana kes undang-undang masih berjalan.

Majlis Peguam Buat Hal Lagi? “Saya nak beritahu awak apa yang sebenarnya terjadi. Kami telah berbincang,” kata Raus kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan tahun perundangaan di Putrajaya hari ini.

“Majlis Peguam, seperti yang anda semua tahu, telah memfailkan kes terhadap lantikan saya dan lantikan Tan Sri Zul (presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin).

“Kemudian, ketika berbincang, (pegawai kehakiman kami) berkata persoalan (mengenai) pelantikan kami tidak perlu dibangkitkan. Tetapi (mereka) kata nak bangkitkan isu ini. Jadi saya cakap ianya tidak wajar. Kes mahkamah sedang berjalan.

“Dan saya cakap, jika awak bangkitkan perkara ini, AG (peguam negara) akan respon. Kemudian, apa pula tugas kami di situ? Sangat susah buat kami. 

“Jadi saya cakap, awak tidak boleh bangkitkan isu ini di forum awam macam ini. Awak ada kes mahkamah, biar mahkamah tentukan,” katanya.

Tambah Raus, beliau “mengubah format” selepas wakil dari Majlis Peguam berkeras untuk bangkitkan isu itu pada majlis prosiding hari ini.

“Dan saya beritahu AG yang beliau tak perlu berucap sebab Majlis Peguam tidak berucap. Jika tidak, ia akan jadi janggal dengan hanya AG sahaja yang berucap. Jadi saya cakap, untuk tahun ini, kita hanya perlukan Ketua Hakim sahaja yang berucap,” katanya.

Hari ini Majlis Peguam memboikot majlis pembukaan tahun perundangan selepas presidennya George Varughese mencemuh majlis pembukaan itu sebagai “mengongkong” kerana wakil majlis peguam tidak diberi ruang untuk berucap seperti tahun sebelumnya.

Sejak 2010, ketua hakim negara, wakil peguam dari Jabatan Peguam Negara dan presiden Majlis Peguam Malaysia menguruskan OLY, sebagai rakan kongsi dalam pentadbiran kehakiman, pada majlis tahunan yang memberi arah tuju kepada undang-undang baharu.

Majlis Peguam Buat Hal Lagi?


Malah, jemputan untuk peguam negara berucap turut dibatalkan.

Pada 10 Oktober, Majlis Peguam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Raus dan Zulkefli, memohon pelantikan mereka diisytiharkan tidak sah dan tidak berperlembagaan serta memohon perkhidmatan mereka ditamatkan.

Saman itu juga kepada bekas ketua hakim Arifin Zakaria atas nasihatyang diberikan keada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan.

Pelantikan tersebut dilakukan menurut Perkara 122 (A) Perlembagaan Persekutuan di atas nasihat Arifin kepada Yang di-Pertuan Agong. Lanjutan pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh tiga dan dua tahun lagi itu melangkaui had umur yang telah ditetapkan Perlembagaan iaitu 66 tahun dan 6 bulan.

Raus hari ini memberitahu pemberita yang beliau mendapat tahu bahawa "satu hingga dua halaman" dari ucapan Varughese adalah mengenai pelantikan beliau dan Zulkefli.

Katanya, kali terakhir beliau dan Varughese bertemu adalah pada 19 Disember lalu. Pertemuan-pertemuan sebelum ini juga dilakukan melalui pegawai dan wakil Majlis Peguam dan badan kehakiman.

Majlis Peguam Buat Hal Lagi?


Apabila ditanya mengenai tindakannya yang "mengongkong" Majlis Peguam, Raus berkata: "Sebenarnya, tidak. Saya terkejut mereka kata dalam satu kenyataan akhbar (minggu lepas)... yang mereka tidak akan hadir ke majlis (pembukaan) tahun perundangan kerana perubahan format."

Jelasnya, "perubahan format" itu disebabkan "desakan Majlis Peguam mahu mengutarakan isu pelantikan kami sebelum prosiding ini, yang menurut saya ia tidak wajar".

"Acara ini dianjurkan oleh badan kehakiman. Sama seperti, contohnya, anda menjemput orang datang makan malam ke rumah, dan (tetamu) mengkritik tuan rumah. Mana boleh. Jadi, pada dasarnya, itulah sebabnya.

Majlis Peguam Buat Hal Lagi? "Dan memang tidak adil apabila Majlis Peguam kata mereka tak akan datang disebabkan perubahan format. Format diubah disebabkan desakan mereka dan saya sudah jelaskan kepada pengerusi (Varughese), tetapi mereka masih beri keluarkan kenyataan seperti itu. Jadi, saya tak bileh buat apa-apalah." – the malaysian insight





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...