Saturday, 20 January 2018

Lawak Dari BN selangor.. Saksikanlah

Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang didakwa tidak adil dan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Pengerusinya Noh Omar berkata tindakan itu diambil berikutan SPR dilihat masih mengekalkan sebilangan besar sempadan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan bilangan pengundi, pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam keadaan tidak seimbang.

“Mengambil contoh di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK), terdapat tiga kawasan Parlimen iaitu Kapar dengan 146,000 pengundi, Klang seramai 98,000 pengundi dan Kota Raja dengan 110,000 pengundi. Kenapa Parlimen Klang mempunyai jumlah pengundi sedikit sedangkan Klang adalah kawasan bandar sepenuhnya?

“Pengagihan kerusi DUN juga tidak adil, contohnya Klang ada tiga kawasan DUN iaitu Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Kota Alam Shah sedangkan Parlimen Kota Raja yang mempunyai lebih ramai pengundi iaitu 110,000 orang hanya ada dua kerusi DUN sahaja iaitu Sri Andalas dan Sri Muda,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mempersoal kewajaran Parlimen Kelana Jaya, yang mempunyai dua kawasan DUN iaitu Seri Setia dan Subang Jaya, diletakkan di bawah pentadbiran dua PBT.

“Seri Setia di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) manakala Subang Jaya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Kenapa dalam satu Parlimen di kawasan bandar dipecahkan pentadbiran PBT,” soal beliau.

Noh, yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, berkata BN Selangor akan mengemukakan bantahan terhadap SPR mengikut peraturan dan saluran yang betul sebelum 14 Febuari depan.

Beliau berkata pihaknya akan menghormati sebarang keputusan yang bakal dibuat SPR berhubung bantahan itu.

“Saya yakin bantahan kita akan ada alasan munasabah dan cukup logik. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh SPR, kita akan akur,” katanya. – bernama




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...