Tuesday, 23 January 2018

Lagi Petanda PAS Mahu Bantu Umno Bentuk Kerajaan

Pas sememangnya berhasrat membantu Umno pada PRU14 selepas parti Islam itu mengumumkan bakal bertanding di lebih 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, bagi merealisasikan impian itu katanya, Pas akan bertindak memecah-belah undi Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.

“Kalau mereka rasa strategi tiga penjuru itu baik, kami hormati keputusan Pas kerana kami juga bersedia berdepan tiga penjuru. Kami pun mempunyai strategi tersendiri,” katanya.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, berdasarkan rekod terdahulu, Pas hanya mampu untuk menang tidak lebih daripada 10 kerusi sekiranya parti itu bertanding atas kekuatan sendiri.

“Mereka hanya menang lebih daripada 10 kerusi bila bergabung dengan Umno atau Pakatan Rakyat.

“Walaupun Pas kata mereka bersama Gagasan Sejahtera, itu semua wayang sahaja sebab parti yang bersama mereka pun tak ada apa-apa. Dan tindakan mereka ini nampak seolah-olah nak bantu Umno-BN,” ujarnya.

Katanya, kebanyakan pakar dan penganalisis politik turut berpandangan tindakan Pas itu hanya cuba beri kelebihan buat Umno-BN untuk mengekalkan kuasa selepas PRU14.

Kamaruddin berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan wujudnya pakatan sulit antara Pas dan Umno di peringkat atasan.

“Namun saya pasti kedua-dua parti itu bakal berdepan kesulitan dalam menterjemahkannya di peringkat akar umbi," katanya. - sinar






Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. MENANG KE KALAH KE PERJUANGAN ISLAM TETAP DITERUSKAN TIDAK SEPERTI POLITIK BERIDEOLOGI AKAL BERFAHAMAN SEKELUAR,LIBERA,KAPITAL SEPERTI POTONG AYAM WALAUPUN ORANG BUKAN ISLAM SEMBELIH NAMAPAK SAMA TETAPI SATU ALLAH REDHA.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...