Sunday, 7 January 2018

Kejutan Konvensyen Pakatan Harapan

Kejutan Konvensyen Pakatan Harapan.  Tindakan Amanah Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) hari ini adalah perkara biasa yang tidak akan menjejaskan hubungan 4 parti pembangkang dalam gabungan itu, kata Khalid Samad.

Pengarah komunikasi Amanah itu berkata, hanya sebahagian pimpinan Amanah Johor yang tidak menghadiri konvensyen hari ini.

Kejutan Konvensyen Pakatan Harapan. “Bukan semua hanya sebahagian. Bagi saya perkara biasa, tak jejas sama sekali hubungan dalam PH.

“Apa kita mahu dalam PH, menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas 2 gelombang, iaitu (pengaruh) dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada FMT pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Kejutan Konvensyen Pakatan Harapan


Amanah Johor dilaporkan memboikot Konvensyen PH 2018 kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen antara 4 parti komponen di negeri itu.

Pengerusi Amanah Johor, Amiroulhuda Hassan dilaporkan berkata, parti itu hanya diberikan 2 daripada 26 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU14.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pembahagian kerusi PH sudah selesai dibincangkan petang semalam dan keputusannya akan diumumkan petang ini.

Kejutan Konvensyen Pakatan Harapan


“Ada yang tidak berpuas hati, dan malangnya mereka berbuat demikian. Apa yang penting kita menang dan menumbangkan BN.” - the malaysian insight



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...