Saturday, 6 January 2018

Keadaan Terkini Ustaz Wadi Anuar

Keadaan Terkini Ustaz Wadi Anuar. Pendakwah terkenal, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar, 35, dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau dilaporkan masih berada di bawah tahap kritikal selepas terbabit dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama tiga penceramah agama lain di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), kelmarin.

Turut parah dalam nahas itu, Mohd Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang sehingga kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Keadaan Terkini Ustaz Wadi Anuar.  Sementara dua lagi penumpang iaitu, Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62, telah dibenarkan keluar hospital, semalam selepas hanya mengalami cedera ringan.

Adik kepada Mohd Murtadzo, Mohamad Yaakub Yusra, 27, berkata, Ustaz Wadi Anuar memerlukan rawatan lanjut bagi mengesan kemungkinan berlakunya pendarahan selepas difahamkan keluar cecair di hidung dan mulut, lewat petang semalam.

Keadaan Terkini Ustaz Wadi Anuar


Sementara abangnya, masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan.

Keadaan Terkini Ustaz Wadi Anuar.  "Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan," katanya ketika dihubungi. - sinar







Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...