Monday, 15 January 2018

Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat



Assalammualaikum semua...Harini saya nak share beberapa tips untuk merawat bayi @ anak-anak yang dijangkiti virus selesema @ batuk dengan cara tradisional. Bila sebut tradisional semua orang tahu bahawa rawatan ini tanpa menggunakan ubat-ubatan moden...So...let's go...kita layan PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ...hehe ingat bawang putih untuk masak je...



Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat


Bila bayi diserang selsema ibulah yang paling menghadapi masalah...Contohnya kalau anak saya selsema memang tak boleh tidur malam...saya perlu letak dia atas riba sambil peluk sampai ke pagi...bila letak atas tilam dia akan menangis macam kena pukul...Baby ni kalau dijangkiti selsema akan menyebabkan dia sukar bernafas dan kurang selera...Dan kalau selsema yang agak teruk akan menyebabkan keradangan,mata merah,rongga hidung membengkak yang akan mengakibatkan suhu meningkat dan demam




Petua anak selsema paling murah guna bawang putih...bukan hanya murah tetapi ia sangat mujarab dan selamat. Bawang putih mempunyai antiseptiknya yang tersendiri untuk mengubati selsema dan batuk pada kanak-kanak.

Saya akan ajar bagaimana cara buat minyak bawang putih untuk bayi selsema. Cara ini saya sendiri dah cuba dan alhamdulillah ia berkesan jika diamalkan...Bukan sekali pakai terus baik ya...Tapi kalau Allah izinkan in Sya Allah sekali pakai dah berkesan...Wallahualam.




Sangat mudah nak buat minyak bawang putih petua menghilangkan selsema bayi ni...Bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih dan minyak...Saya cadangkan korang guna extra virgin olive oil sebab ia sesuai untuk guna pada kulit...Kalau guna minyak kelapa dara pun ok...Kalau tiada 2 minyak ni minyak masak pun boleh....

Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat


Cara nak buatpun tak susah...Korang letak minyak 5 sudu dalam bekas kecil kemudian ambil bawang putih dalam 5 ulas dan pecah-pecahkan bagi keluar getahnya dan masukkan dalam minyak tadi. Biarkan minyak dan bawang putih tadi bercampur...Lagi lama mereka bergaul lagi bagus.





Lepas korang dah siap buat tu dah boleh terus guna...Ada orang yang suka bakar dulu bawang putih tu tapi saya tak bakarpun still mujarab petua ni...Pastikan korang nak pecah-pecahkan bawang putih tu guna peralatan yang bersih. Jangan main ketuk je kat mana-mana sat lagi selsema baik penyakit lain pula yang dapat...

Korang boleh beli grinder plastik yang kecil kat kedai standby kat rumah senang nak pecahkan bawang putih incase anak perlukan minyak bawang putih...hehehe...saya bagi cadangan je sebab saya memang standby dah 1...beli kat DIY baru RM15...ada yang lagi murah kalau tak silap




Cara guna minyak bawang putih ni mudah je...Korang boleh sapu dibahagian dada,belakang,rusuk dan tapak kaki...Pakaikan anak korang stoking bagi rasa hangat ...Kalau boleh amalkan setiap hari sebelum anak tidur...

Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat


Haritu saya pernah buat satu entri pasal PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ni dan ada yang tanya cara mengatasi hidung tersumbat bila bayi selsema. Saya tiada cara yang tepat dengan citarasa korang tetapi saya ada cara yang saya sendiri guna bila saya menghadapi situasi hidung anak tersumbat akibat selsema.



Bila hidung anak tersumbat memang saya tidak akan tidur sebab anak saya akan terhenti bernafas @ tersedak. Ini kerana bayi belum pandai nak tukar gaya bernafas...Dia tahu bernafas ikut hidung...menyusu ikut mulut...So,agak sukar untuk dia menghadapi situasi dimana dia perlu tukar bernafas ikut mulut bila hidung tersumbat huhuhuhu

RAWAT HIDUNG TERSUMBAT BAYI CARA SAYA 

Saya akan guna cara stim muka bayi guna wap air panas. Saya akan guna 2 jenis bahan samaada minyak kayu putih @ bawang putih. Caranya...masukkan air mendidih dalam besen kecil dan masukkan minyak kayu putih @ bawang putih kedalam air tadi. Kemudian halakan muka bayi pada wap yang sedang berkepul-kepul naik dek air panas tu... 


Anak korang menangis??? Tak pe...Anak korang menangis kuat tanpa henti??? Tak pe...buat rawatan ni tak lama...dalam 5 ke 8minit je...sebab air dalam besen tu akan habis wap nya habis lah rawatan...Sebab apa saya cakap anak menangis takpe sebab kalau dia menangis lagi senang wap tu nak masuk dalam liang-liang sinusnya...



Korang akan tengok selsemanya meluncur-luncur keluar. In Sya Alllah selepas korang wapkan bayi korang dia akan selesa dan dapat tidur. Ini lah cara yang saya gunakan sejak anak pertama hingga anak ke 3...Alhamdulillah ia mujarab dengan anak-anak saya

AMARAN!!!

Sila pastikan korang pegang anak korang kuat-kuat masa nak wap kan mukanya...takut nanti dia tertepuk air panas dalam besen tu nanti...Macam saya bila nak buat rawatan ni saya akan gulung anak saya dalam kain batik siap-siap...dia tak boleh buat apa dah hehehe...
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
( Gambar botol lama )


Oleh kerana anak-anak saya adalah pengguna tegar minyak bawang putih saya telah ambil inisiatif untuk jadikan minyak bawang putih tu dalam bentuk bam @ garlic balm sebagai cara tradisional merawat bayi selsema. Sebab saya ni pemalas sikit nak buat minyak bawang putih ni pastu bila nak sapu tu menitis-nitis...Nampak kepayahannya di situ...lagi-lagi saya ni jenis semua nak cepat...So,saya jadikan balm yang mudah digunakan...tak akan menitis dan selamatttt...

Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat

Garlic balm ni saya hanya gunakan minyak extra virgin olive oil dan bawang putih sahaja...Tiada EO apapun saya letak...Ia adalah natural organik...Jangan risau garlic balm ni takde rasa panas yang @ sejuk...Ia betul-betul rasa bawang putih dan bau pun sebiji macam bawang putih huhuhuhu...




Entri yang lepas bagi gambar garlic balm togel je sebab sticker tak sampai lagi...Haaaa ni tadi sticker sampai terus test lekat dan ambil gambar...Nampak simple dan comel je kan...Satu botol ni saya jual RM15 je...Kalau rasa-rasa nak try boleh whatsapp saya terus ya...

Untuk makluman, Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat sekarang sudah tukar packaging kepada yang lebih besar dan telah mempunyai KKM dan telah dihantar untuk ujian makmal bagi memastikan ia selamat digunakan oleh semua orang...Harga terkini garlic balm by zm beauty adalah RM25/botol dan charge postage adalah RM8sm & RM12ss...Stokis dan agent sangat dialu-alukan untuk sama-sama menjana pendapatan terutamanya suri rumah...



Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.zuraini.com/2017/08/petua-hilangkan-selsema-bayi-guna.html


Jika berminat sila hubungi http://www.wasap.my/601132484182



Senarai stokis sah Garlic balm :
Penang (kak cun ) - 0195743799
Kepong KL (Ubai rahman) - 0169677675
Tanjung Kling Melaka(Farhah) - 0166401202
Shah Alam(Hann) - 0195603695
Klang(Umi) - 0132405031
Kuching & Sarekei(Liana) - 0145983539
Parit Buntar(Aini) - 0134036390






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...