Monday, 22 January 2018

Calon MB Selangor Daripada PAS Adalah..

Calon MB Selangor Daripada PAS Adalah. Pas memilih pendekatan tunggu selepas selesai PRU14 bagi menamakan calon menteri besar Selangor jika berjaya menang dan menjadi kerajaan di negeri itu.

Presidennya,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, buat masa ini Pas tidak akan menamakan calon itu kerana masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Soal calon Menteri Besar Selangor itu satu andaian. Kita tak mahu buat sesuatu hukuman andaian, nanti kalau kita calonkan kemudian bila bertanding dia kalah, itu tak betul.

Calon MB Selangor Daripada PAS Adalah.  “Kita di Malaysia bertanding pilihan raya bukan macam bertanding calon presiden seperti di Amerika Syarikat. Nanti kalau kita calon tapi kalah lain pula hal, jadi pendekatan terbaik tunggu selepas pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, Pas yakin mampu melakukan perubahan di Selangor.

"Kalau kita sudah bersendirian ini (tidak bersama Pakatan Harapan) kita akan tentukan kemudian,” katanya.

Calon MB Selangor Daripada PAS Adalah


Sementara itu, Abdul Hadi berkata, senarai calon Pas yang akan bertanding di Selangor akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya serahkan kepada pimpinan Pas Selangor dan terpulang kepada mereka untuk umumkan bila atau pada masa yang dirasakan sesuai,” katanya.

Calon MB Selangor Daripada PAS Adalah.  Pas yang sebelum ini membentuk blok Gagasan Sejahtera berhasrat menawan Selangor apabila mengumumkan akan bertanding di 42 kerusi dun dan sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di negeri itu. -sinar




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...