Saturday, 13 January 2018

BERSATU Akan Dapatkan Undi Melayu Untuk Pakatan Harapan

BERSATU Akan Dapatkan Undi Melayu Untuk Pakatan Harapan. Pakatan Harapan (PH) menyangkal satu kajian baru-baru ini yang menyimpulkan PPBM berpeluang menang, jika ia bertanding di kerusi campuran berbanding kerusi majoriti Melayu yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum lalu.

Kajian Wan Saiful Wan Jan yang mengetuai Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, PPBM yang ditubuhkan di sebalik dakwaan rasuah dalam Umno, akan menang jika parti itu diberikan kerusi campuran pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

BERSATU Akan Dapatkan Undi Melayu Untuk Pakatan Harapan. Tetapi, Salahuddin Ayub yang mengetuai jentera pilihan raya PH di Johor berkata, sebagai sebuah parti yang ditubuhkan untuk menarik penyokong Umno, ia masuk akal untuk membenarkan PPBM bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Beliau membandingkan asal usul PPBM kepada partinya, Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS.

“Ini sama dengan bagaimana Amanah dibentuk untuk meneruskan kejayaan PAS pada pilihan raya umum ke-13, di mana ia mendapat sokongan bukan Melayu berbanding asas penyokong Melayu tradisional,” katanya kepada FMT.

Wan Saiful dalam kajiannya berkata, PPBM mempunyai peluang bertanding di Johor yang sekian lama dianggap kubu kuat Umno, jika parti itu diberikan kerusi campuran.

Beliau berkata, kebergantungan PH kepada PPBM untuk memenangi kerusi majoriti Melayu menyebabkan parti itu dalam dilema.

Katanya, ini kerana Umno memenangi kerusi itu dengan majoriti besar dan tidak mungkin wujud perubahan besar dalam sokongan pengundi Melayu pada PRU14.

BERSATU Akan Dapatkan Undi Melayu Untuk Pakatan Harapan


“Kawasan di mana mereka diharapkan untuk menang merupakan kawasan yang paling sukar dimenangi.

“Oleh itu, walaupun PPBM kelihatan menyahut cabaran dan tanggungjawab dengan tenang, ini jelas satu beban berat untuk ditanggung sebuah parti baharu,” katanya dalam kajian terbitan Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) – Institut Yusof Ishak.

Salahuddin berkata, PH mengharapkan PPBM untuk memenangi undi Melayu disebabkan syak wasangka sesetengah orang Melayu terhadap DAP.

Katanya, walaupun ada peralihan sokongan Melayu kepada DAP pada PRU lalu, namun “ia tidak mencukupi”.

“Jika kita mampu meraih sebanyak mungkin sokongan di Johor seperti di Selangor, maka Johor akan menjadi kawasan kita.

“Di situlah peranan PPBM sangat penting. Peranan mereka ialah membantu PH mendapatkan lebih banyak kerusi, dan PPBM sebagai serpihan Umno, mampu meyakinkan Melayu untuk menyokong kami.”

Timbalan presiden Amanah itu berkata, ini juga sebabnya Amanah menyokong Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri PH.

“Penyertaan PPBM sangat penting untuk kami kerana ia menghantar mesej tokoh politik daripada parti itu akan memastikan hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan dilindungi.”

BERSATU Akan Dapatkan Undi Melayu Untuk Pakatan Harapan


PH memperuntukkan 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kepada PPBM pada PRU14 yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Kerusi itu adalah Pagoh, Mersing, Tenggara, Sri Gading, Pengerang, Pontian, Muar, Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Tanjung Piai.

Kebanyakan kerusi itu adalah kubu kuat Umno di kawasan bermajoriti Melayu, termasuk kawasan penempatan Felda.

BERSATU Akan Dapatkan Undi Melayu Untuk Pakatan Harapan. Pada PRU13, Barisan Nasional memenangi 21 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor, dengan 15 daripadanya milik Umno. - free malaysia today




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...