Sunday, 7 January 2018

Berita Yang Tak Ingin BN Dengari

PKR bakal mendapat kerusi Parlimen paling banyak untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH). 

Konsensus itu dicapai selepas pemimpin kanan PH mencapai kata sepakat pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia malam tadi dalam rundingan yang selesai lebih kurang 8.30 malam.

Sumber dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah memberitahu The Malaysian Insight kata sepakat itu terkandung dalam satu memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh semua pemimpin parti malam tadi.

Butiran lanjut konsensus itu akan diumumkan pada Konvensyen PH di Shah Alam hari ini, kata mereka kepada The Malaysian Insight.

Menurut sumber PH itu, Bersatu akan bertanding 52 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.

Dengan mengambil kira jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR mendapat agihan paling banyak.

"Bersatu dapat kerusi paling banyak di Semenanjung. Secara keseluruhan, PKR akan dapat paling banyak kerusi, termasuk di Sabah dan Sarawak," kata seorang sumber yang maklum tentang rundingan tersebut, dengan syarat tidak dinamakan.

“Kebanyakan kerusi dipersetujui pada Jumaat malam, manakala hanya beberapa kerusi melibatkan Bersatu, PKR dan Amanah dimuktamadkan malam tadi," kata seorang sumber lain.

Baca seterusnya di SINI. 



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







2 comments:

  1. assalamu'alaikum...saya fikir pencalonan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Harapan adalah kemenangan pertama untuk Barisan Nasional sebelum pilihan raya ke 14. Mengapa pemimpin2 asalnya dari Pakatan Rakyat masih tidak belajar dari peristiwa2 yang lepas? sekadar pendapat dan pertanyaan dari seorang rakyat yang kurang ilmu politik.

    ReplyDelete
  2. Semua 26 kerusi Parlimen di Johor !
    Bersatu 10 , PKR 8, DAP 6 & Amanah 2
    Ini yg Konvensyen Pakatan Harapan (PH) putuskan
    hari ini.
    | Ini tidak adil ! Bagilah nampak setimpal.

    Sepatutnya -
    Bersatu 8. DAP 7, PKR 6, Amanah 5.
    Baru nampak setara.
    Lagi pun Amanah minta 5 kerusi jer !
    so ! apa yg payah sangat?

    Jangan rosakan HARAPAN kerana kerusi.
    kepala hotak mesti CARGAS !
    Sepakat biar nampak elok...
    Kita tahulah Bersatu nk tarik orang Umno?
    Tapi jngnlah nampak haloba sangat !
    So kenanglah sikit AMANAH yg mencetuskan idea PH tu !
    Bila nampak kerusi, yg lain dah habis pakat buta.

    Nanti
    yg kendong berteraborq
    yg dikilik bersemborq !

    KahKahKah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...