Tuesday, 30 January 2018

Berita Menyedihkan Umat Islam Malaysia

Berita Menyedihkan Umat Islam Malaysia. Bekas suami M.Indira Gandhi dipercayai masih berada dalam negara tetapi pihak berkuasa tidak mengetahui lokasi tepatnya, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Fuzi berkata polis akan melaksanakan arahan dikeluarkan Mahkamah Persekutuan semalam untuk mengesan mereka berdua, dan memastikan anak perempuan Indira dikembalikan kepadanya. “Kami sudah mula menyiasat untuk mengesan (bekas suami) sejak 2014.

Berita Menyedihkan Umat Islam Malaysia.  “Saya dah berikan arahan khusus kepada pasukan, terutama sekali Jabatan Siasatan Jenayah, untuk mengesan anak perempuan (Indira) seperti diperintah mahkamah,” katanya selepas majlis kenaikan pangkat pegawai kanan polis di Dewan Khalid Abu Bakar di Pulapol hari ini.

Semalam, panel lima hakim membuat keputusan sebulat suara memutuskan yang penukaran agama anak dilakukan bekas suami Indira kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal. Mahkamah juga memutuskan penukaran agama kanak-kanak bawah umur memerlukan kebenaran bersama ibu bapa sebelum boleh dianggap sah secara perundangan.

Fuzi berkata polis sudah melakukan pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen dan bekas suami Indra dipercayai masih berada di negara ini.

“Kami memohon kepada orang awam untuk mempunyai sebarang maklumat mengenainya tampil membantu polis.


Berita Menyedihkan Umat Islam Malaysia


“Kami dimaklumkan yang kami masih tak ada petunjuk. Beritahu kami supaya kami boleh ambil tindakan sewajarnya.”

Indira memulakan proses perundangan selepas bekas suaminya, Mohd Riduan Abdullah mengambil anak bongsunya Prasana Diksa selepas menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2009 tanpa persetujuannya.

Prasana hanya berusia 11 bulan ketika itu. Indira mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 21 tahun dan seorang anak lelaki berusia 20 tahun.

Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Presiden Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, Zainun Ali, Abu Samah Nordin dan Ramly Alim mengeluarkan penghakiman bersejarah itu.

Indira memberitahu The Malaysian Insight yang beliau tidak pernah berjumpa anak perempuannya selepas diambil bekas suaminya.

Berita Menyedihkan Umat Islam Malaysia


Beliau juga mengakui yang Prasana akan berdepan kesukaran apabila disatukan dengan keluarga.

“Ada kemungkinan dia mungkin tak mahu kembali kepada saya.

“Saya sudah bersedia secara emosi untuk itu. Ia bukan mudah selepas terpisah sebegitu lama. Dan sekarang mahu ambil dia dan beritahunya yang saya ibu kandungnya dan perkenalkan kepada abang dan kakaknya bukanlah perkara mudah.

Berita Menyedihkan Umat Islam Malaysia.  “Saya mungkin dah tak kenal (Prasana) jika dia berjalan di depan saya memakai tudung sekarang.” – the malaysian insight






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...