Thursday, 18 January 2018

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan terdapat kekerasan yang dilakukan pegawai dan anggota polis sehingga menyebabkan kematian tahanannya, S Balamurugan.

Pengerusi EAIC, Datuk A Aziz A Rahim juga mengesyorkan Jabatan Peguam Negara menimbangkan pertuduhan jenayah ke atas pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti.

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis.  “Suruhanjaya mendapati kegagalan polis melepaskan si mati setelah permohonan reman ditolak majistret adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi perintah mahkamah.

“Pihak polis juga gagal mematuhi arahan majistret supaya si mati dihantar ke hospital dengan kadar segera,” katanya kepada wartawan hari ini.

Balamurugan ditangkap pada 6 Februari tahun lalu di Jalan Batu Belah, Klang dan mati pada 8 Februari di IPD Klang Utara dan sebab kematian dalam istilah perubatan adalah “coronary artery disease with multiple blunt force injuries”.

EAIC menjalankan 3 sesi pendengaran awam yang dipengerusikan bekas pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam bersama 3 pesuruhjaya lain pada Mei, Jun dan Julai tahun lalu.

46 saksi dipanggil bagi memberikan keterangan manakala 108 ekshibit termasuk laporan bedah siasat, gambar dan dokumen berkaitan Balai Polis Bandar Baru Klang.

Kamera ‘dummy’

Aziz berkata, suruhanjaya mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Balai Polis Bandar Baru Klang hanya bersifat “dummy” dan tidak dapat merakam sebarang rakaman.

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis


“Ia menghalang suruhanjaya mendapatkan bukti terbaik bagi melihat insiden yang terjadi sewaktu si mati ditahan di Balai Polis Bandar Baru Klang.

“Terdapat ketidakpatuhan undang-undang sedia ada oleh pihak polis semasa membuat tangkapan dan penahanan terhadap tahanan juvana dengan menggari dan menempatkannya dalam satu sel sama,” katanya.

Aziz berkata, ruang khas orang kena tuduh (OKT) di Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Klang Utara digunakan sebagai lokap yang tidak diwartakan.

Bahkan, anggota dan pegawai Balai Polis Bandar Baru Klang, IPD Klang Utara dan Lokap Berpusat Shah Alam gagal mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).

“Ia melanggar Kaedah-Kaedah Lokap 1953, Akta Penjara 1995 dan PTKPN Bahagian A 118 serta penahanan OKT di ruangan yang boleh dianggap penahanan secara salah oleh polis,” katanya.

Tak patuh SOP

Sementara itu, EAIC turut mengesahkan kematian Soh Kai Chiok di lokap Balai Polis Triang, Pahang pada 18 Januari tahun lalu bukan disebabkan perlakuan polis.

Aziz menjelaskan kematian Soh yang sebelum itu ditumbuk dan dipukul kerana mencuri pisang pada 12 Januari tahun lalu berpunca daripada keradangan ruang abdomen akibat kebocoran ulser perut.

“Namun semasa siasatan dijalankan, suruhanjaya mendapati terdapat ketidakpatuhan standard operasi prosedur dan undang-undang sedia ada.


Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis


“Polis gagal membawa si mati mendapatkan rawatan setelah si mati mengadu sakit perut pada 17 Januari. Bahkan, kecuaian ubat terhadap Soh sewaktu ditahan di lokap Balai Polis Triang lebih memburukkan keadaannya,” katanya.

EAIC turut mendapati pemantauan CCTV di lokap dilakukan secara tidak berkala sehingga insiden kematian si mati tidak dapat dikesan lebih awal.

“Bahkan, pihak polis juga gagal menghantar si mati ke Penjara Bentong setelah si mati gagal membayar wang jaminan dan ia adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi perintah amanah,” katanya.

Aziz menyimpulkan kematian Balamurugan dan Soh boleh dikendalikan dengan lebih baik sekiranya pegawai dan anggota polis mematuhi SOP.

“Memang kematian ditentukan Tuhan, tetapi apa yang kita boleh lakukan, adakan situasi yang lebih baik di dalam lokap.

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis. “Menjadi tanggungjawab pihak atasan mengingatkan pegawai dan anggotanya mematuhi SOP, latih pegawai-pegawai polis supaya lebih memahami SOP, kerana ada perlanggaran SOP yang dibuat secara sengaja,” katanya.- free malaysia today





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...