Wednesday, 17 January 2018

Azmin Ali Bakal Kalah PRU14?

Azmin Ali Bakal Kalah PRU14? Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang disandang Datuk Seri Azmin Ali akan menjadi kerusi majoriti Cina di bawah peta baharu pilihan raya, kata Ahli Parlimen Sedang, Ong Kian Ming yang menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan gerimander etnik di kebanyakan DUN dimenangi pembangkang.

Ong turut menamakan 6 kerusi DUN, di mana 5 daripadanya dimenangi PAS semasa parti itu bersama Pakatan Rakyat pada PRU 2013, yang menurutnya akan menyaksikan peningkatan pengundi Melayu melebihi 5%.

Azmin Ali Bakal Kalah PRU14?  DUN tersebut ialah Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Morib dan Sijangkang dimenangi PAS, manakala Ijok dimenangi PKR.

Ong berkata, ini adalah cubaan membantu Barisan Nasional (BN) dan Umno mendapat kembali kerusi dengan meningkatkan peratusan pengundi Melayu dan memindahkan pengundi bukan Melayu ke kerusi selamat Pakatan Harapan (PH).

“Kerusi Azmin di Bukit Antarabangsa yang dimenangi dengan 4,044 undi akan menyaksikan peratusan pengundi Melayu berkurangan daripada 57.1% kepada 41.6%.

“Ironinya, kerusi DUN Azmin Ali akan menjadi kerusi majoriti Cina (daripada 35.6% kepada 50.5%) jika Syor 2 diluluskan,” katanya merujuk cadangan ke-2 persempadanan semula SPR ke atas Selangor.

Azmin Ali Bakal Kalah PRU14? 


Perkara sama akan berlaku di kerusi Teratai yang dimenangi DAP dengan majoriti 13,646 undi, di mana peratusan pengundi Cina meningkat daripada 59% kepada 62.1%.

Sementara itu, di Teluk Datuk, peratusan pengundi Cina turut meningkat daripada 45% kepada 59.6%. Teluk Datuk dimenangi DAP dengan 5,391 undi pada PRU13.

“Apabila kita mengkaji angka ini, kita dapat melihat dengan jelas satu-satunya sebab SPR membuat perubahan dalam Syor 2 demi alasan politik untuk membantu Umno memenangi kerusi ini,” kata Ong.

Pengkritik mendakwa cadangan persempadanan semula SPR tidak mematuhi garis panduan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan dilabelkan sebagai cubaan memberi kelebihan kepada BN pada PRU14.

Azmin Ali Bakal Kalah PRU14? 


Pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sijangkang meskipun jumlah pengundi Melayu bertambah.

Yunus baru-baru ini memberitahu FMT, langkah itu hanya akan menyebabkan BN makan diri kerana orang Melayu akan menyokong PAS.

“Dengan persempadanan semula, SPR merancang untuk memindahkan lebih ramai pengundi Melayu dari Teluk Datuk ke kerusi DUN Sijangkang.

Azmin Ali Bakal Kalah PRU14?  “Mereka fikir ini akan membolehkan BN memenangi semula Sijangkang selepas 10 tahun,” katanya kepada FMT pada 12 Januari lalu. - free malaysia today




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...