Saturday, 27 January 2018

Apabila Mufti Pulau Pinang Bersuara

Apabila Mufti Pulau Pinang Bersuara. Mufti Pulau Pinang menolak gesaan daripada felo kanan sebuah badan berkait Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa para mufti mengeluarkan fatwa tentang menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwa membawa agenda sekularisme dan anti Islam.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan seorang mufti tidak perlu mengeluarkan fatwa seperti itu kerana menyokong dan mengundi sesebuah parti politik adalah hak individu.

Apabila Mufti Pulau Pinang Bersuara. “Terserah pada pertimbangan masing-masing untuk menentukan parti mana dia rasa lebih bermanfaat pada umat Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan seorang felo kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali yang berkata, fatwa seperti itu perlu kerana ia melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti politik yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan bagi tujuan yang bercanggah dengan tuntutan Islam.

Engku Ahmad dilapor berkata demikian selepas penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin mendakwa pengundi beragama Islam haram mengundi DAP kerana parti itu menolak hukum Islam apabila membantah usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), dalam wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini.

Apabila Mufti Pulau Pinang Bersuara


Iksim adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dan majlis-majlis agama Islam negeri demi memelihara kedaulatan Islam.

Mufti Wan Salim sebaliknya meminta pengundi untuk mengkaji dan menilai semua parti dari segi amalan dan bukan pada lambang dan slogan semata-mata.

Ini kerana dalam banyak bidang ada pihak yang menggunakan label Islam tetapi tidak mengamalkan Islam.

“Ini bukan pasal politik sahaja, lain-lain juga. Kita guna nama Islam tetapi tak buat amalan Islam dan itu boleh menimbulkan tanggapan tak baik kepada agama kita sendiri.

Apabila Mufti Pulau Pinang Bersuara


“Kita buat tak semestinya sebut Islam tetapi jika berlaku adil dan buat kebajikan kepada rakyat sudah baik.

“Pada pandangan saya tidak perlu mufti keluarkan fatwa,” katanya. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Betul tuan mufti,Allah berhak mengutuskan sesiapa saja melawan kemungkaran, usah ditanya siapa suku,agamA atau bangsanya, menamakan parti Islam Dan bersekongkol dengan si zalim perlu difikirkan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...